AIR CRASH INVESTIGATION 6 : SESUDAH TIRAI DILABUHKAN ( Sambungan ) Ogos 22, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Dunia penerbangan/Aviation, Uncategorized.add a comment
KEJUTAN MUSIM KE-6
Tiga episod dari musim ke-6 menarik perhatian penulis kerana isu-isu di dalamnya bersifat segar, mempunyai keluasan makna serta nilai pengajaran yang menarik untuk dibincangkan. Tiga episod berkenaan ialah : 1. ‘Frozen In Flight’- American Eagle 4184 2. Adam Air 574 3. Partnair 394.
1. FROZEN IN FLIGHT
( Gambar Hiasan : Pesawat yang setara dengan American Eagle 4148
Episod ini memerikan geruh yang menimpa Penerbangan 4184 milik American Eagle pada 31 Oktober 1994 di Roselawn, Indiana, AS. Sebab utama episod Frozen In Flight menjadi salah satu episod pilihan penulis ialah episod ini mampu menjadi sharh/anotasi kepada satu babak dalam drama pentas Charlie Victor Romeo. Izinkan penulis menjelaskan secara ringkas tentang Charlie Victor Romeo terlebih dahulu. Drama pentas 90-minit ini memaparkan enam babak berasaskan transkrip kotak hitam dari 6 insiden/geruh udara, dan ia terlebih dahulu memaparkan kejadian di Roselawn ini sebagai babak keduanya. Saking babak dan dialog dalam drama tersebut agak sukar difahami kerana penuh dengan istilah teknikal dan ungkapan-ungkapan yang biasanya hanya difahami oleh sesama juruterbang, serta setiap babaknya berdurasi pendek, maka episod demi episod dokumentari ACI mampu menjadi ‘teks’ yang menjelaskan jagatcitra ( meminjam ungkapan Mohd Affandi Hassan ) dalam Charlie Victor Romeo.
Kembali kepada episod ‘Frozen In Flight’, penulis tidak akan memerincikan semula kronologi insiden, kerana semua itu boleh didapati dengan mudah dari wikipedia serta laporan rasmi ( NTSB REPORT AAR-96/01 ) yang boleh dimuat turun dari internet.
Pihak NTSB ( National Transportation Safety Board ), dalam laporan yang sama, telah mengenalpasti prima causa yang paling mungkin bagi insiden American Eagle 4184 sebagai : natijah kehilangan kawalan akibat pergerakan aileron luar duga lagi mendadak, berpunca dari pembentukan rabung ais pada sayap pesawat ATR-72 yang telah melampaui kawasan but nyahaisnya- ekoran fenomena hujan beku luar biasa yang melanda ruang angkasa Roselawn.
Menurut laporan mereka lagi :
…. The airplane was susceptible to this loss of control, and the crew was unable to recover.
Contributing to the accident were: 1)The French Directorate General for Civil Aviation’s (DGAC’s) inadequate oversight of the ATR 42 and 72, and its failure to take the necessary corrective action to ensure continued airworthiness in icing conditions;
2)the DGAC’s failure to provide the FAA with timely airworthiness information developed from previous ATR incidents and accidents in icing conditions,
3) the Federal Aviation Administration.s (FAA.s) failure to ensure that aircraft icing certification requirements, a-3 operational requirements for flight into icing conditions, and FAA published aircraft icing information adequately accounted for the hazards that can result from flight in freezing rain.
4) the FAA’s inadequate oversight of the ATR 42 and 72 to ensure continued airworthiness in icing conditions;
And, 5) ATR’s inadequate response to the continued occurrence of ATR 42 icing/roll upsets which, in conjunction with information learned about aileron control difficulties during the certification and development of the ATR 42 and 72, should have prompted additional research, and the creation of updated airplane flight manuals, flightcrew operating manuals and training programs related to operation of the ATR 42 and 72 in such icing conditions[2].
( m/s a-2 hingga a-3, dengan penegasan ditambah )
Saking geruh di Roselawn, American Eagle dan operator ATR yang lain memindahkan operasi ATR mereka ke hub wilayah selatan seperti Texas, Florida, Kepulauan Caribbean dan lain-lain demi mengelak cuaca berais..
( kanan bawah : Snapshot dari drama pentas Charlie Victor Romeo – babak berasaskan tragedi ini )
Justeru, apakah pengajaran yang boleh penulis perolehi dari episod ini ( Tanpa menafikan segala sesuatu itu terjadi dengan izin Allah dan apa yang diperolehi tim penyiasat NTSB sekadar asbab yang membolehkannya, serta dalam masa yang sama bersifat boleh dikongsikan secara universal dengan semua aspek kehidupan di luar lingkungan dunia penerbangan ) ?.
Pertama, pentingnya pendekatan historikal dalam apa jua aspek kehidupan. Dalam konteks ini ialah dalam penyiasatan suatu insiden udara. Ekoran protes para juruterbang serta desakan orang awam yang sedar akan bahaya yang mengancam mereka- yang terjadi dalam tempoh siasatan, Gregory ‘Greg’ A. Feith ( ketua tim penyiasat NTSB ) dan timnya telah menelusuri sejarah pesawat berkenaan untuk membuktikan dakwaan bahawa pesawat ATR memang mudah terjejas dalam keadaan berais memang ada asasnya. Dan mereka mendapati kecenderungan yang hampir-hampir sama serta membimbangkan wujud dalam data yang diakses dari perakam data penerbangan ( FDR ) pesawat yang terkena geruh di Roselawn dengan kes-kes sebelumnya..
Kedua, kepentingan eksperimen saintifik dalam membuktikan kebenaran serta keadilan. Pihak NTSB dan NASA membuat beberapa eksperimen/perujian saintifik bagi menguji kesan kerpasan beku terhadap kawalan dan kestabilan pesawat ATR. Eksperimen/perujian pertama adalah Perujian Situasi Pengaisan Terhadap Bahagian Airfoil Dalam Terowong Angin ( Icing Tunnel Test ), diikuti oleh Perujian Simulasi Komputer untuk melihat ice accretion pada ATR-72 ( Icing Computer Simulation ), dan Perujian simulasi komputer bagi melihat aliran udara ke atas airfoil ATR-72 dalam kepelbagaian ice accretion sama seperti yang ditemui dalam eksperimen pertama ( Airflow Simulation )[3]. Eksperimen/perujian dilanjutkan lagi di pihak ATR[4] dengan Icing Tanker Test yang dibuat di Pangkalan Udara Edwards, California pada Disember 1994. Mereka menggunakan pesawat pengisi minyak kepunyaan Tentera Udara AS yang diisi air berpencelup kuning. Mereka meniru situasi yang sama seperti situasi yang dilalui oleh American Eagles 4148, dengan air berpencelup itu disemburkan ke arah pesawat ATR yang diubahsuai untuk perujian tersebut demi ‘mencipta’ hujan berais tiruan[5]. Hasil eksperimen menunjukkan firasat Feith tidak tinggal persangkaan semata-mata, pergerakan luar duga aileron yang terjadi kepada pesawat-pesawat ATR yang terlibat dalam insiden membabitkan keadaan berais turut terjadi kepada pesawat yang sedang diuji dengan Icing Tanker Test. Hasil eksperimen juga menunjukkan tindakan juruterbang meluruskan pesawat yang terdongak sewaktu hujan berais menggunakan konfigurasi kelepak 15° memburukkan lagi risiko terbentuknya rabung ais melewati but penyah-ais..
Ketiga, sikap suka menuding jari ke arah pihak lain adalah perbuatan yang merugikan dalam apa-apa aspek kehidupan. Dalam kes-kes sebelum Roselawn ( keutamaan kepada kejadian di Crezzo, Itali pada tahun 1987 ), pihak Aerospatiale lebih cenderung menyalahkan operator dan krew yang mengendalikan pesawat buatan mereka, berbanding menilai semula halangan yang menjejaskan pesawat mereka. Akibatnya mereka terlepas pandang peluang untuk bertindak secara lebih positif yakni memperbaiki keupayaan pesawat ATR mengharungi cuaca berais secara teknikal mahupun secara manusiawi ( melalui tambah-nilai kepada manual penerbangan dan pengoperasian serta program pelatihan krew yang mengendalikan pesawat ATR ), sehinggalah kejadian di Roselawn membuka mata mereka.
Keempat, geruh di Roselawn membenarkan kata-kata Profesor Harry G. Frankfurt tentang wujudnya kegiatan yang bersifat ‘Bullshit’ dalam masyarakat Amerika. Malah mengungkapkan betapa berleluasanya budaya ‘idle talk’ di mana-mana dan terbitnya keperluan untuk bersikap berhati-hati terhadap pengamalnya.
Kenapa geruh di Roselawn membenarkan kewujudan hal-hal bersifat bullshit ? Sebelum pergi lebih lanjut, terlebih dahulu lihatlah kenyataan professor ini dalam buku On Bullshit[6], mukasurat 62-63, untuk melihat sebab-munasabab timbulnya diksi yang kasar ini:
“ Why is there so much bullshit ?… Without assuming that the incidence of bullshit is greater now. I will mention a few considerations that help to account for fact that it is currently so great.
Bullshit is unavoidable whenever circumtances require someone to talk without knowing what he is talking about. Thus the production of bullshit is stimulated whenever a person’s obligations or oppurtunities to speak about some topic exceed his knowledge of the facts that are relevant to the topic. This discrepancy is common in public life, where people are frequently impelled-whether by their own propensities or by the demand of others-to speak extensively about matters of which they are to some degree ignorant.
Ada apa dengan ‘idle talk’ pula ? Pembaca yang berminat untuk tahu lebih dalam boleh membaca pendapat Martin Heidegger di m/s 158, buku Being And Time yang diterbitkan pada tahun 1996, serta m/s 106 buku Stephen Mulhall : Heidegger and Being And Time yang diterbitkan pada tahun yang sama.)
Kenapa bullshit dan idle talk wujud dalam tragedi Roselawn ? Jika dilihat gelagat media Amerika sebelum laporan rasmi tragedi itu dikeluarkan, gelagat mereka membenarkan kewujudan kedua-duanya -apabila mereka mensensasikan geruh di Roselawn dan sangkut-pautnya dengan isu Bilateral Air Worthiness Agreement yang dibuat antara Amerika dan Perancis[7]
Dan penulis berminat untuk menurunkan pendapat Mulhall sifat-sifat mereka yang terlibat dalam ‘idle talk’, dari buku yang sama[8],. Mereka :
“ …cannot distinguish genuine comprehension from its counterfeit : superficial understanding looks eccentric and marginalized. This ambiguity is not the conscious goal of any given individual; but in a public world dominated by idle talk and curiousity, it permeates the understanding into which Dasein always already finds itself thrown, its inheritance from its fellow and its culture…”
Ingin mempersoalkan ? Penulis menyarankan kepada mereka yang ingin berbuat demikian agar menonton episod Frozen In Flight sehabis tumpuan
Apa kesan budaya ‘idle talk’ ini ? Secara am ( termasuk hal-hal seputar bidang penerbangan ), memadailah Heidegger dalam Being And Time ( m/s 158 ) menjelaskan dan menyimpulkan :
“ Idle talk, which everyone can snatch up, not only divests us of the task of genuine understanding, but develops an indifferent intelligibility for which nothing is closed any longer…
The fact that one has said something groundlessly and then passes it along is in further retelling sufficient to turn disclosing around into a closing off. For what is said is initially always understood as ‘saying’, that is, as discovering. Thus, by its very nature, idle talk is a closing off since it omits going back to the foundation of what is being talked about.
This closing off is aggravated anew by the fact that idle talk, in which an understanding of what is being talked about is supposedly reached, holds any new questioning arid discussion at a distance because it presumes it has understood and in a peculiar way it suppresses them and holds them back.”
Dan ini disokong oleh pendapat Stephen Mulhall yang menyatakan kesan ‘idle talk’ sebagai : “ And the ease with which we then seem to ourselves to understand whatever is talked about entails that we think of ourselves as understanding everything just when we are failing to do so. By suggesting such complete understanding, idle talk closes off its object rather than disclosing them, and its also closes off the possibilities of future investigation of them.” ( them=object: apa yang diperkatakan )
Namun, kenyataan sensasi Steven Frederick[9] dalam rancangan Good Morning America dan risalah yang disebar-luaskannya di lapangan terbang- tentang kelakuan pesawat ATR dalam cuaca beku- tidaklah termasuk dalam kategori bullshit yang ditarifkan Frankfurt mahupun idle talk yang dimaksudkan oleh Heidegger dan Mulhall. Proses empirical-emotion dan emotion-empirical[10] yang dilalui Frederick memang ada asasnya, meskipun asas tersebut hanya menjadi kukuh lewat penjelasan bersifat ilmiah. Sungguhpun Frederick hanya memiliki pengalaman dan tidak penjelasan ilmiah, eksperimen demi eksperimen oleh NTSB-NASA serta oleh ATR telah memberikan asas yang diperlukan untuk membenarkan pengalaman beliau
Masih ada dua topik lagi untuk dikupas. Nantikan sambungannya…
Wallahualam.
[1] Untuk rujuk silang, lihat Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan, Bahagian 5 : Pengalaman Kretif Mohd Affandi Hassan; ‘Birokrat Tulen’ : Satu Analisis Kreatif Dari Sudut Persuratan Baru. Di bawah ‘Judul Karya Dan Tafsiran’ m/s :185.
[2] Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi dari laporan pihak NTSB, pindaan terkini pada September 13, 2002. Sebelum pindaan tersebut dilakukan, NTSB dalam laporan asalnya telah menyatakan : The National Transportation Safety Board determines that the probable causes of this accident were the loss of control, attributed to a sudden and unexpected aileron hinge moment reversal that occurred after a ridge of ice accreted beyond the deice boots because: 1) ATR failed to completely disclose to operators, and incorporate in the ATR 72 airplane flight manual, flightcrew operating manual and flightcrew training programs, adequate information concerning previously known effects of freezing precipitation on the stability and control characteristics, autopilot and related operational procedures when the ATR 72 was operated in such conditions; 2) the French Directorate General for Civil Aviation’s (DGAC’s) inadequate oversight of the ATR 42 and 72, and its failure to take the necessary corrective action to ensure continued airworthiness in icing conditions; and 3) the DGAC’s failure to provide the FAA with timely airworthiness information developed from previous ATR incidents and accidents in icing conditions, as specified under the Bilateral Airworthiness Agreement and Annex 8 of the International Civil Aviation Organization.
Dan, “ Contributing to the accident were: 1) the Federal Aviation Administration’s (FAA’s) failure to ensure that aircraft icing certification requirements, operational requirements for flight into icing conditions, and FAA published aircraft icing information adequately accounted for the hazards that can result from flight in freezing rain and other icing conditions not specified in 14 Code of Federal Regulations (CFR) Part 25, Appendix C; and 2) the FAA’s inadequate oversight of the ATR 42 and 72 to ensure continued airworthiness in icing conditions.”
[3] m/s 92-93, NTSB Report AAR-96/01
[4] m/s 94, Ibid, Perujian tersebut perlu bagi proses menilai semula kelayakan terbang pesawat kumpulan ATR dalam keadaan cuaca berais oleh pihak FAA.
[5] Untuk keterangan lanjut, lihat bahagian lampiran, ibid, m/s 315.
[6] dipetik keterangannya oleh Mohd Affandi Hassan dalam buku beliau Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan
[7] Menurut perkara 1.18.7, Bilateral Airworthiness Agreement, Ibid; persetujuan ini telah wujud sejak tahun 1973 lagi. Syarah lanjut boleh diperolehi dari perkara yang sama dalam Ibid.
[8] Juga dipetik keterangannya oleh Mohd Affandi Hassan dalam buku beliau Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan
[9] Steven Fredrick merupakan seorang juruterbang yang bekerja dengan Simmon Airlines/American Eagle ketika kejadian di Roselawn itu berlaku. Beliau juga adalah teman rapat kepada Jeffrey Gagliano, juruterbang bersama yang terbunuh dalam kejadian di Roselawn. Terkilan dengan majikannya yang bersikap tidak kisah hatta setelah mengetahui risiko menerbangkan ATR dalam cuaca sejuk, Fredrick menyebarkan risalah agar para penumpang memboikot perkhidmatan Simmon Airlines ketika cuaca dingin melanda. Juruterbang yang sependapat dengan Fredrick membuat protes dengan melancarkan mogok. Tidak cukup dengan itu, beliau meneruskan kempen kesedarannya lewat program Good Morning America. Akibatnya beliau digantung kerja dan seterusnya dipecat dari jawatannya dengan sebab ketekalannya mempertahankan kebenaran. Kebenaran yang dipertahankannya itu dimanifestasikan dalam bentuk karya yang bertajuk : Unheeded Warning: The Inside Story of American Eagle Flight 4184. McGraw-Hill. ISBN 0070219516, 9780070219519.
[10] Istilah empirical-emotion dan emotion-empirical buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Mohd. Affandi Hassan untuk menjelaskan apa dia style dan retorik dalam konteks kritikan Sastera. Untuk lebih jelas lagi, beliau memperkenalkan proses tersebut ketika membahaskan idea-idea Prof. Rahman Shaari dalam buku ‘Pemikiran dan Pendekatan dalam Kritikan Sastera Melayu Moden’. Menurut beliau, proses emotion-empirical adalah proses pengkonkritan emosi yang bermula dari ‘pernyataan emosi yang meluap-luap, tetapi dikonkritkan melalui penggunaan bahasa yang puitis dan tepat-melalui style- dalam pengalaman empirikal penyair sendiri’. Manakala proses empirical-emotion adalah sebaliknya. Dalam konteks Fredrick ini, penulis bisa melihat kedua-dua proses amat relevan sebagai diksi yang tepat menyatakan pengalaman peribadi beliau mengendalikan ATR dalam cuaca sejuk yang diluahkan dalam Rancangan Good Morning America -dalam cara yang menyentak sesiapa sahaja yang mendengarkannya, malah sensasi yang diolahnya itu sampai mengancam masa depan kerjayanya sendiri.
AIR CRASH INVESTIGATION 6 : SESUDAH TIRAI DILABUHKAN Ogos 12, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Dunia penerbangan/Aviation, Uncategorized.add a comment
DENGAN tersiarnya episod Frozen In Flight, maka siri dokumentari Air Crash Investigation( selepas ini ACI ) Musim ke-6 telah selamat melabuhkan tirai penutupnya. Pada asalnya, ada satu episod lagi yang perlu disiarkan sebelum menutup musim ke-6, iaitu episod yang bakal menampilkan kes Air New Zealand ( selepas ini ANZ ) TE901, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui, episod itu tidak dibuat oleh Cineflix Canada.
Saking pengguguran kes ANZ TE901, maka ACI musim ke-6 hanya menampilkan 7 episod. Bermula dengan China Airlines 611, diikuti oleh Pan Am 103, Partnair 394, Operation Babylift, Tuninter 1153, Adam Air 574 dan American Eagles 4184. Daripada 7 episod berkenaan, tiga episod menampilkan isu baru dan segar, manakala yang selebihnya sekadar perulangan kepada isu-isu yang telahpun dimaklumi penulis sejak musim pertama lagi. Yang lebih menarik, salah satu episod dalam musim ke-6 merupakan sharh atau anotasi kepada salah satu babak dalam drama pentas Charlie Victor Romeo.
Artikel ini berminat untuk mengongsikan pengamatan umum penulis seusai menonton ketujuh-tujuh episod musim ke-6, serta mengongsikan pandangan penulis tentang isu-isu terpilih dari ketujuh-tujuhnya. Sebelum itu, sayugia penulis menyatakan, untuk menelusuri pendapat penulis selanjutnya secara adil, pembaca perlu memahami hakikat yang ACI dibuat di Kanada, yang membawa konotasi dunia Barat. Maka pembaca terlebih dahulu perlu memahami hakikat epistemologi Barat yang berdiri atas ‘ayn al-yakin ( empirical knowledge ) dan ‘ilm al-yakin ( rational knowledge ), atau lebih mudahnya konsep ilmu yang berasaskan pengalaman pancaindera dan penafsiran akal semata-mata.
PENGAMATAN UMUM
( Gambar Dari http://www.charlievictorromeo.com )
Menonton ACI dari musim ke musim, membawa penulis kepada pengalaman menonton yang memerlukan proses penghayatan dan penafsiran yang berbeza dari menonton filem atau drama cereka TV. Suatu proses yang mendatangkan kepuasan yang hebat di saat program-program siaran TV telah tepu dengan unsur-unsur hiburan bersifat semu serta menujah pergolakan emosi melulu.
Pengamatan ACI bermula dengan proses ‘seek first to understand, then to be understood’ terhadap struktural ACI dengan berasaskan musim siaran keseluruhannya. ACI mempunyai episod-episod yang boleh berdiri sendiri menghampiri format cerita berbingkai dalam seni Persuratan Melayu, tidak seperti siri drama cereka atau sebahagian dari siri dokumentari bersiri ( misalnya Meerkat Manor ) yang bersifat linear serta dinamika penghayatannya akan terputus apabila penonton gagal menonton satu episod. Penjelasan tentang format cerita berbingkai dalam seni Persuratan Melayu boleh diperolehi dalam tulisan Vladimir Braginsky yang bertajuk : Sistem Sastera Melayu Klasik dan Penilaiannya. ( dalam Dewan Sastera, Oktober 1989, m/s 42-51 )
Sebagai sebuah karya yang berasaskan pemahaman, perbahasan, analisis, sanggahan dan hal-hal lain yang relevan dengan pengembangan sesuatu idea, ACI menawarkan klu persoalan yang perlu dianalisis dan dikritik lewat tajuk pada setiap episodnya. Penulis, sepertimana Mohd Affandi Hassan ketika menjelaskan menjelaskan persoalan yang ditimbulkan dalam cerpennya yang berjudul Birokrat Tulen, bersetuju dengan pendapat dua orang sarjana Barat yang menyatakan kepentingan judul bagi mendapatkan klu dalam menganalisis persoalan sesebuah karya. Pendapat pertama datangnya dari Umberto Eco yang menyatakan judul sesebuah karya menjadi kunci untuk mentafsir karya tersebut. Manakala pendapat kedua dikeluarkan oleh John Fisher, yang menyatakan judul karya bertujuan untuk membantu tafsiran kepada keseluruhan karya[i]. Mengapa ? Penulis mengambil misal dari satu episod ACI musim ke-6, yang berjudul ‘Frozen In Flight’ untuk memperlihatkan kenapa penulis bersetuju dengan pendapat kedua-dua sarjana Barat ini. Perkataan Frozen, jika disangkut-pautkan dengan judul besarnya Air Crash Investigation itu sendiri, membayangkan insiden udara yang berpunca dari situasi kebekuan. Apa yang menjadi asbab kebekuan itu ? Jika dilihat dari aspek dunia penerbangan, sesuatu yang membekukan ada pada faktor cuaca dan iklim. Lalu cuaca apa yang bersifat membekukan ? Sudah tentu cuaca yang sejuk yang memungkinkan penurunan salji/hujan ais serta pembekuan air. Bila dan di mana pula cuaca sebegini muncul ? Maka muncul pula keperluan kepada jawapan bersifat geografikal, yang memerlukan penulis dan penonton membuka kembali sekurang-kurangnya buku teks Geografi peringkat PMR untuk memahami kemungkinan lokasi insiden. Frasa ‘In Flight’ pula membayangkan proses pembekuan itu berlaku sewaktu penerbangan. Apabila perkataan Frozen dan In Flight disatukan menjadi tajuk, maka kemungkinan besar yang ditawarkan oleh episod tersebut adalah : “ Insiden udara yang terjadi akibat cuaca beku, tapi apanya yang beku ? Enjin atau apa ? ”. Ternyata, seusai proses menonton episod tersebut, penulis mendapati insiden itu berlaku di wilayah Indiana, Amerika Syarikat sewaktu puncak musim luruh. Wilayah Indiana tertakluk kepada iklim sejuk jenis Prairie/Steppe. Dan cuaca sejuk musim luruh yang menghasilkan kerpasan beku di luar kelaziman menyebabkan pesawat kehilangan daya kawal pada sayap, yang tidak mampu diatasi oleh sistem anti-ais pesawat dan kemahiran juruterbang.
Penulis telah terkesan suatu hal yang menarik sewaktu menonton ACI musim ke-6. Hal tersebut ialah elemen emotif yang lebih terhad penampilannya, jika dibandingkan dengan musim-musim yang terdahulu. Ini mengingatkan penulis kepada ciri-ciri Gagasan Persuratan Baru janaan Mohd Affandi Hassan yang memberi prioriti kepada komponen ilmu di dalam ruang naratif sesebuah karya prosa berbanding komponen cerita. Cineflix Canada berkemungkinan besar mengurangkan kemunculan babak-babak gerun serta babak menagih simpati penonton bertujuan agar penonton lebih memfokus kepada pembentangan fakta dan wacana ilmiah yang terdapat di dalamnya, sesuai dengan sifat ACI itu sendiri yang menjadi wadah ilmu ( sekali lagi dalam konteks Barat ) berbanding drama detektif ala-ala siri CSI atau Detective Conan. Jika ada babak dramatik yang ditampilkan sekalipun, ia dipaparkan semata-mata sebagai sebuah set induksi yang berfungsi seakan-akan babak-babak dalam panggung Melayu Tradisional yang mendukung hukum sebab-akibat serta mengikat penonton untuk kekal duduk hingga akhir pertunjukan, namun berbeza kerana sebab-akibat dalam ACI bertujuan untuk memancing pertanyaan : “ Apa pula persoalan yang ditimbulkan dalam episod kali ini ? Bernaskah fakta-faktanya ? Sahihkah ia ? ”.
( Masih panjang lagi sebenarnya. Nantikan sambungannya… )
[i] Untuk rujuk silang, lihat Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan Dan Penerapan, Bahagian 5 : Pengalaman Kretif Mohd Affandi Hassan; ‘Birokrat Tulen’ : Satu Analisis Kreatif Dari Sudut Persuratan Baru. Di bawah ‘Judul Karya Dan Tafsiran’ m/s :185.
Sajak terjemahan : Setiap Satunya Berqasidah Mei 25, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.add a comment
Penulis telah menelusuri Laman saifulislam.com, lalu bertemu sajak Each One Sing – dari seorang responden yang telah memberi reaksi kepada salah satu artikel yang ada di situ. Penulis tertarik dengan makna puisi ini –yang sebenarnya interteks makna dari Surah al-Israa ayat 44 : Setiap sesuatu bertasbih memuji Allah tanpa henti di alam ini melainkan Manusia dan jin- lalu menerjemahkannya seadanya.
Penulis akur pada proses penterjemahan yang selalu menuntut akan adanya berapa hal yang harus dikorbankan. Pendirian penulis, makna terasnya harus kekal meski terpaksa menghilangkan lagu asli puisinya. Pada sebahagian rima tersusun yang hilang penulis mengganti dengan teknik enjembermen- suatu teknik yang biasa digunakan oleh YB Dato’ Ariffin Arif dan ramai lagi dalam sajak-sajak mereka. Mudah-mudahan yang kurang arif BI bisa menikmati makna puisi itu dalam Bahasa Melayu. Seadanya.
Wallahualam
Rujuk silang :
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam Agenda 2008: Apa Erti Saya Menganut Islam ( lihat pemberi respon ke-14 ) http://saifulislam.com/?p=1216
Setiap Satunya Berqasidah
( diterjemahkan oleh Ismi’ Nailofar )
Setiap satunya berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri…
Dari sesayap lalat
ke jejalur sinar suria
setiap satu berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri
Semuanya akur Engkaulah Yang Maha Esa
Sebuah mata air memancut dari tubuh bonda buat menyusui anakandanya
Dari satu biji benih tunggal maka membesar menjadi sepohon pokok
Lihatlah apa yang terjadi padanya sambil ia menghidu tenaga hayat yang meletakkan larian nafas di peparu kita
Kaulihat sang lebah
mempertahankan sarangnya sungguhpun mati sesudah menyengat
di dalam sarangnya itu beribu-ribu bentuk segienam yang secara geometrinya menampung isipadu terbanyak dalam ruangan kecil dan rasa yang terhalus dari kemanisan bebunga yang mereka debungakan menerbitkan air liur dari mulutmu
Dan pada setiap musim semi bebenih bercambah dan rena-rena indah mencolok kembali sediakala lalu sirna pabila musim bergantian hanya untuk dilahirkan kembali tahun hadapan dengan cara dan jalannya tersendiri
Kekadang sambil berbaring sepanjang malam aku bersandar menetap bebintang
yang mengekalkan sinar pada kegelapan lalu membantu kita mencari arah tuju
hingga waktu pagi suria terbit lalu menerangi siang sungguh cerah hingga kupicing mataku dan aku cuma merasa hangat sinarannya hingga awan-gemawan berarak di atas kepalaku dan memberikanku perteduhan yang paling sempurna membawa rahmat pada setiap rinai hujannya yang menghilang dahagaku dan tumbuh-tumbuhan hidup meminumnya lewat akar yang tersembunyi memegang lengannya yang dihulurkan ke arahku sambil menawarkan buah-buahan
sungguh ranum
kuapit
dengan gigiku
dengan kekaguman pada sekitaran dalam nazrahku
Namun bagaimana mataku melihat
dan bagaimana mindaku mengetahui
yang penciptaan sebegitu perlukan sesuatu yang mengawalnya
Sesuatu Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Pemurah
Bahan-bahan dan galian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan
semuanya saling bertaut dan dilestarikan seluruhnya
dan manusia
dengan mindanya
pun tersedar pada wujud diri di ruang-masa
lantas mampu memilih untuk menggelintar
hingga bertemu dengan kuasa yang tak bisa dilihat
atau terus membuta
namun apalah maknanya
Para Anbiya’ diutus sepanjang zaman
membantu kita melihat lantas menunjuk jalan
agar kita tak tercampak ke jurang binasa
rapatkan nazrahmu lalu perhatikan perutusan mereka -
sama sahaja
Jadi bagaimanalah kita keliru akan jalan haq dan mendapati kebenaran itu batil seperti lagu Marvin yang berkata, “ Tell me what’s Going On ? i”
apalah gunanya ?
Ya ampunii bagaimana tidak hidup jadi sia-sia dan kebahagiaan itu suatu benda yang bisa dibeli
Kaulihat pencarian itu
maknanya
apa yang kaucari
ya ampun bilakah kautemui
Kau terawang-awang dalam anganan
namun pabila kau bangkit sudah terlanjur buat berbuat sesuatu
demi masa yang telah berlalu
apa yang kau -patut, bakal, boleh- katakan
tapi
sayang sekali
Petanda demi petanda ada di mana-mana
bak senafas udara
pada mulanya kau mungkin tak melihatnya tapi kautahu ia di situ
DIA tak biarkan kita sendirian menggelintar apa yang haq dan batil
ia ada di dalam dirimu
segala sesuatu di sekitarmu
dan di dalam al-Quranul Karim
Setiap satunya berqasidah padaMU dengan qasidahnya yang tersendiri
Dari sesayap lalat
ke jejalur sinar suria
Setiap satunya berqasidah padaMu dengan qasidahnya yang tersendiri
Semuanya akur Engkaulah Yang Maha Esa
Sajak Asal :
EACH ONE SINGS
Each one sings to You with its own special tongue …
From the wings of a fly
To the rays of the sun
Each one sings to You with its own special tongue
All proclaiming that You are The One.
A Fountain springs from the mother to bring milk to her young
From a single seed there grows a tree,
Look what it’s become
As it exhales the life that puts breath in our lungs
you see, the bee defends its hive
even though it dies once it has stung
inside its honeycomb
thousands of hexagons
which geometrically hold the most volume
in the smallest space
and the smallest taste
of the sweetness from the flowers that they pollinate
makes your mouth salivate
and each spring time seeds germinate
and the beautiful brilliant colors come back all the same
as the seasons alternate, they fade away
only to be reborn again next year somehow some way
on my back looking at the stars, sometimes all night I lay
keeping the light on in the dark and helping us find the way
until the morning time the sun rises and lights the day
so bright I close my eyes and I just feel its rays
and then the clouds come over my head and give me the perfect shade
bringing that mercy to quench my thirst in every drop of rain
and the plant life
drinks with its hidden roots
holding its arms out to me offering its fruits
so ripe
I take a bite
In awe of these surroundings within my sight
But how does my eye see
And how does my mind know
That creation necessitates something in control
An All Powerful
All Merciful
Elements and minerals
The plants and the animals
All interconnected and sustained by the whole
And mankind
With his own mind
Is conscious of his existence in this space and
And can choose to search until he finds
or just to stay blind
to the unseen
but what does it mean
Prophets sent through all the ages to help us see
And to show the way
To not be led astray
Look close and see their message was always the same
So like that Marvin song Tell me what’s Going On?
How do we confuse the righteous path and get the truth all wrong
what is the purpose
Oh how could life be worthless
And happiness a type of thing that man could purchase
You see the search is
the meaning
of what you find
oh when you find
you’re dreaming
but when you wake up its too late to make up
for the past
all that shoulda, woulda, coulda you will say but
alas
the signs were everywhere
just like a breath of air
you may not see it at first but you know its there
HE did not leave us here alone to find out right and wrong
It is within you
All around you
and in the Holy Quran
Each one sings to You with its own special tongue
From the wings of a fly
To the rays of the sun
Each one sings to You with its own special tongue
All proclaiming that You are The One.
Authored by Akhuhum Fil Islaam, ‘Abdul Aziz (07/06/2007)- Seattle, US.
i Tidak diterjemahkan kerana tidak menterjemahkannya membantu pembaca membuat track back pada lirik lagu yang asli.
ii Ya ampun = ekspresi biasa yang dipertuturkan dalam Bahasa Melayu dialek Tawau yang meledakkan rasa kejutan atau kecewa. Rujuk silang boleh diperolehi di : http://ms.wikipedia.org/wiki/Loghat_Tawau
Pemusnah Yang Tersembunyi Mei 23, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.7 comments

Friendship Comments
Myspace Comments
“Please give the most of your effort to connect our fellow colleagues with the Quran. We are now living in a disconnected society. And to connect them, let us back to the root.”
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Pengasas/Pengelola Saifulislam.com
MENJENGUK arkib artikel lama di saifulislam.com lalu bertemu kata-kata Ustaz Hasrizal- yang menyebutkan ‘We are now living in a disconnected society.’, jiwa dan rasa penulis pantas disentuh resah. Apatah lagi bila penulis kaitkannya dengan artikel Kehidupan dan Erti Persahabatan yang ditulis oleh Marlina Maepee.
Dalam artikel tersebut ( rujuk Utusan Borneo Edisi Sabah, April 20, 2009 ) Marlina menyatakan : “ …kenapalah saya tidak memahami dan mengerti tentang pentingnya menjalinkan persahabatan yang erat dan berpanjangan ?”.
Persahabatan…
Kedua-dua artikel itu cuma set induksi yang menujah penulis untuk mengorek kembali sejarah lampau – sudah tentu yang berkaitan dengan persahabatan, lalu menganalisisnya dengan jujur.
Penulis telah menemukan sesuatu yang elok dikongsikan bersama.
Mengetahui pentingnya menjalinkan persahabatan yang erat dan berpanjangan sahaja tidak cukup, jika tidak disertai kesedaran akan terdapatnya suatu unsur pemusnah yang mengagalkan untaian persahabatan, sekaligus menyebabkan seseorang menjadi ragu-ragu pada kepentingan tersebut.
Unsur tersebut ialah jahilnya seseorang dari memahami dan mengaplikasikan konsep seek first to understand, then to be understood ( baca dahulu buku 7 Habits oleh Stephen R. Covey ).
Namun, berapa ramaikah yang menyedari ? Ketika seseorang yang dianggap sahabat itu membuat salah, bukan main lagi sahabat itu dihukum, ditegur dengan cara seolah-olah sahabat yang menegur itu serba ( maha ? ) tahu apa yang baik untuk sahabatnya; berbanding menjadi orang yang mahu memahami dan berkongsi.
ADA APA DENGAN SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD ?
Kata Saudari Marlina dalam artikel yang sama : “ Bukan mudah untuk membuat orang percaya dan menerima kita sebagai sahabat mereka. Kerana kita sendiri perlulah terlebih dahulu berubah dan belajar untuk menerima kehadiran orang lain. Seperti juga kata orang, ‘Jika ingin dihormati, maka kita sendiri juga kenalah terlebih dahulu belajar untuk menerima kehadiran orang lain.’.”
Penulis yakin, majoriti pembaca yang telah membaca artikel Saudari Marlina bukan setakat mahu menerima kata-kata di atas begitu sahaja, tetapi benar-benar ingin tahu cara apakah yang terbaik untuk melaksanakan pendapat Marlina. Namun, kata-kata itu diletakkan di penghujung artikel berbanding dihuraikan. Namun, kebaikannya : membuka ruang bagi orang lain memberikan cadangan.
Dan penulis pun terpanggil menulis artikel ini.
“ Pernahkah kau bermimpi, seketika berada di tempatku ? Membayangkan pahit manis berlaku…”
Lirik lagu Datin Seri Siti Nurhaliza itu pasti masih mesra dalam ingatan para pembaca. Membayangkan bagaimana berada seketika di tempat orang yang kita hadapi dan saling berkomunikasi.
Itulah sebahagian dari apa yang termaktub dalam Seek First to Understand, Then to Be Understood. Tapi apa dia Seek first to understand, then to be understood ?
Ia merupakan tabiat kelima daripada 7 tabiat orang cemerlang yang dipelopori oleh Dr. Steven R Covey. Tabiat yang lain para pembaca silalah baca buku beliau. Tabiat kelima ini menyarankan agar kita mendengar dahulu dengan efektif dan penuh empati dari sudut pandangan orang yang berkomunikasi dengan kita, berbanding menggunakan sudut pandangan kita sendiri. Lantas, perasaan serta makna dari orang yang berkenaan akan sampai kepada kita.
Banyak tokoh besar dunia yang telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia paling cemerlang. Dan Baginda sendiri sebenarnya mengamalkan konsep seek first to understand, then to be understood, sebagai nilai-nilai terpuji yang patut diamalkan Umat Islam. Tak percaya ? Banyak buktinya. Contohnya, Baginda tidak pernah melulu membidaahkan amalan mana-mana sahabat baginda, walaupun amalan itu belum diamalkan Baginda SAW. Baginda akan bertanya dahului.
ILMU, AKAL, HATI
Untuk menegur sahabat yang buat silap, namun dalam masa yang sama masih meraikan nilai dirinya, seorang pemberi maklumbalas dalam artikel Dialog Gen-Y memberi saranan berupa berupa pendekatan “ilmu +akal +hati” untuk menginsafkan seseorang. Pendekatan ini telah lama digunakan dalam medan dakwah Islam di dunia Barat.
Pendekatan yang menyatukan ilmu wahyu yang dirajut dengan harmoni bersama hujah dari displin sains/kemanusiaan dan aplikasi psikologi berupa pujukan.
Namun, pendekatan sebegini masih tidak popular di Malaysia. Ramai yang masih suka menggunakan pendekatan yang melebihkan konsep membasuh dan mendoktrinkan. Mendera perasaan dari menggerakkan akal. Dalam persahabatan, analoginya lebih suka menegur dari mendengar luahan rasa sahabat. “ Aku sahaja betul, kau salah.” Jika sahabat yang dinasihati itu jenis yang suka berfikir dan mengkritik ( jika cadangan/teguran itu tak kena ), sahabat yang menasihati tadi akan kena batunya kembali. Jika boleh berlapang dada, boleh tahan lagi. Tapi jika sahabat yang menegur tadi mempunyai kecenderungan untuk memusuhi orang yang melawan cakapnya, kacaulah !
Lalu jadilah seperti lagu dalam filem P. Ramlee : “ Putus sudah kasih sayang…”
JADI ?
Bagi mereka yang sihat emosinya dan tidak punya sejarah kecederaan emosi yang serius ( yang sebaliknya sebaik-baiknya mendapatkan bantuan professional terlebih dahulu ), pendekatan seek first to understand, then to be understood merupakan pendekatan terbaik dalam menjalinkan persahabatan. Penulis menyedari hal ini bukan kerana terpesona dengan gaya Ustaz Hasrizal yang mengaplikasikan pendekatan ini, tetapi kerana penulis telah menyelusuri sungai sejarah lalu menyedari sesuatu dan berkata, “ Kalau semua orang menghayati lalu menggunakan kaedah ini, alangkah baiknya masa lalu jadinya !” Setiap individu yang hadir dalam hidup kita mempunyai sejarah hidup tersendiri. Ada wilayah yang boleh diakses dan ada pula wilayah terlarang. Jadi untuk mendekati setiap orang perlu pendekatan berbeza. Dan asas untuk berdepan dengan mereka sama walaupun pendekatan menyelesaikan itu berlainan : berikanlah kepercayaan dengan memberi mereka peluang untuk dipercayai.
Kata Ustaz Hasrizal dalam artikel Dialog Gen-Y : Antara Iman Dan Kufur ( untuk remaja, tetapi boleh juga diaplikasikan dalam persahabatan ): “ Kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka ( dengan apa yang difikirkan betul ). Jangan dijatuhkan harga diri mereka. Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka.”
Dan penulis membawa kembali kata-kata Maulana Jalaluddin Rumi sebagai set induksi untuk difikirkan : “ Membangunkan orang yang tidur, baik atau buruk tergantung siapa yang melakukannya. Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi, maka akan meningkatkan keadaan orang lain. Jika tidak, maka akan memburukkan kesadaran orang lain.”
Wallahualam…
Rujukan silang :
Dialog Gen-Y : Antara Iman Dan Kufur di http://saifulislam.com/?p=5639
i ( Bagi yang ikut subjek pengajian hadith, boleh rujuk dua hadith yang membuktikan hal ini- hadith yang pertama terdapat dalam Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Dan hadis tersebut sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518. Untuk Hadith kedua sila periksa Abu Daud : 2/425 : hadis no : 657 ).
“ Tolong, Tolong, Jangan Letakkan Label Di Dahi Kami !”, Rintih Mereka Mei 9, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.2 comments
Anak-anak adalah anugerah dan juga berupa dugaan daripada Tuhan. Justeru, mendidik mereka mestilah jelas dengan personalitinya. Tugas ibu bapa adalah sebagai pemberi semangat dan bukannya lagi sebagai pemberi arahan.
Dr. Robiah K. Hamzah,
Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa.
Tatkala melihat wajah kanak-kanak yang jernih, teduh bermata bening, lebih-lebih lagi yang penulis kenali sebagai mantan murid, nurani penulis selalu tersentuh keharuan. Betapa tidak, lewat anak mata mereka, ada rintihan yang dikongsikan mereka dengan penulis, “ Tolonglah, janganlah letakkan label di dahi kami, hanya kerana kami begini dan begitu. Kami hanya anak-anak yang kerinduan bimbingan dan kasih sayang kalian.”
Rintihan sebegitu memanggil-manggil penulis- yang pernah merasai amat pahit dan deritanya dilabel itu dan ini- untuk menulis ini agar suara dan keinginan mereka sampai di tangan pembaca.
Penulis selalu tidak dapat menafikan hakikat yang kanak-kanak, seaneh-aneh manapun tingkahlaku mereka, mereka secara fitrahnya tetap helaian kain sutera yang luhur lagi halus. Namun keluhurannya mudah tercemar dan kehalusannya mudah pula rosak, oleh persekitaran dan perbuatan orang dewasa- yang rapat dengan mereka tapi kacau rasa dan jiwa. Lebih-lebih lagi orang dewasa yang mempunyai sindrom terlalu mudah melabel orang dengan label-label tertentu : Pemalas, Bodoh dan macam-macam yang ada.
Ibu bapa sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan anak-anaknya bahagia. Jika ada di antara anak-anak dipandang mereka sebagai ‘pemalas’, mereka tak sanggup membiarkan anak itu sebegitu sahaja. Lantas bangun memberi bimbingan dan didikan agar mereka berubah jadi pintar dan rajin.
Tapi dengan cabaran zaman pascamoden yang kian dahsyat, kaedah bimbingan dan didikan yang dipakai ibu bapa selalunya sudah menjadi tidak relevan lagi. Kaedah yang digunakan semakin melebarkan jurang di antara ibu-bapa dan anak-anak. Anak-anak mula beralih kasih pada rakan-rakan sebaya yang dianggap lebih memahami dan mudah berkomunikasi mesej hati ke hati.
Haruskah mengalah ?
Justeru, penulis berbesar hati untuk mengongsikan khazanah yang digali dari dua buah artikel yang penulis telah telaah. Pertama, dari artikel Ibu Bapa Pemacu Matlamat Anak yang tersiar di Aniqah April 2009 dan disusun oleh Roihan Mat Zaib. Kedua, dari artikel The Bounce Back Chronicles oleh Joe Kita dan tersiar dalam Reader’s Digest Mei 2009.
Penulis memetik dan menegaskan kembali kata-kata Dr Robiah K. Hamzah yang disetir dari artikel pertama ;
“ Anak-anak adalah anugerah dan juga berupa dugaan daripada Tuhan. Justeru, mendidik mereka mestilah jelas dengan personalitinya. Tugas ibu bapa adalah sebagai pemberi semangat dan bukannya lagi sebagai pemberi arahan.
Kajian mendapati apabila anak-anak menjadi remaja ( tambahan dari pemerhatian penulis : segelintir dari kanak-kanak generasi pascamoden seawal tujuh tahun juga relevan untuk dirujuk ! ), mereka tidak lagi menerima perintah sebaliknya lebih suka sekiranya ibu bapa menjadi rakan mereka.”
Maka, penulis menurunkan tips yang terdapat dalam artikel tersebut :
-
Anak-anak bukanlah orang suruhan tetapi mereka adalah rakan.
-
Beri ruang untuk mereka memproses arahan yang diberikan dan bukan memaksa mereka melaksanakan arahan yang diberikan.
-
Berikan masa dan TIDAK MENGARAH DENGAN NAFSU kerana anak-anak tidak selesa menerimanya.
-
Asuh mereka dengan contoh.
-
Cuba fahami mereka dan suka apa yang mereka suka.
-
Ibu bapa MESTI BERUBAH SIKAP iaitu jika selama ini suka memerintah, berubahlah menjadi rakan/sahabat kepada anak-anak.
Penulis juga sukacita menurunkan 10 Cara Membina Keyakinan Anak yang turut terdapat dalam artikel berkenaan :
-
Memberi kasih sayang berterusan pada anak-anak.
-
Membina keyakinan dalam diri anak-anak.
-
Mempunyai batas atau had bagi keadaan tertentu sebagai langkah keselamatan.
-
Memberi sokongan jika anak melakukan perkara baru.
-
Jangan takut jika kesilapan berlaku.
-
Sering memberi kata pujian kepada anak.
-
Menjadi seorang pendengar yang baik.
-
ELAKKAN membandingkan anak dengan orang lain.
-
Usah terlalu tegas dengan mereka sebaliknya cuba menjadi sahabat mereka.
-
Sering memberi galakan kepada anak.
Oleh sebab blogs dibuat bukan untuk menempatkan artikel nan panjang berjela, penulis bakal menyambung lagi artikel ini dalam bahagian kedua, yang bercerita panjang lebar tentang label-melabel dan kesannya pada mentaliti anak-anak. Dan sudah tentunya berbicara tentang artikel dari Joe Kita.
Wallahualam…
Siapa atur Siapa ? Mei 4, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.1 comment so far
“ Kritikan saya adalah kepada idea, sikap dan pemikiran, bukannya kritikan ke atas individu. Biar pun semarah mana sekali pun saya kepada mana-mana individu, saya tetap waras untuk memisahkan di antara pemikiran dengan hal peribadi. Dengan tidak menyebut nama secara terbuka, ia tanda saya tetap menghormati mereka sebagai individu.”
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
Penulis Blogs saifulislam.com
Tatkala menghayati kata-kata yang dilafazkan oleh seorang Ustaz yang penulis sangat hormati ini, penulis pernah terfikir bahawa penulis dari satu aspek telah mengecam Puan DSR Erom secara terbuka, dan tidak menghormati beliau sebagai individu. Namun, penulis masih senada dengan Ustaz Hasrizal tentang hal kritik-mengkritik ini- kritikan adalah pada idea, sikap dan pemikiran, bukan pada individu. Jadi, sebelum memulakan wacana seterusnya, penulis memohon maaf kiranya Puan DSR Erom telah menyinggah ke blogs ini dan berasa tersinggung dengan cara penulis mewacana tulisan beliau di Utusan Borneo.
Terus ke wacana…
Manusia hanya hamba Tuhan.
Dan kebahagiaan seseorang hamba itu ialah pandai mengatur urusan dengan baik.
Sebagai individu Muslim, sebelum memutuskan apa benar atau tidak hujah kedua pada perenggan sebelumnya itu, lihat dulu apa dia hakikat ubudiyyah. Ubudiyyah itu maksudnya kehambaan.
Sebelum itu, penulis sukacita menyatakan pendirian penulis untuk melihat Islam dari kacamata CINTA ( pinjam kata Ustaz Faisal ). CINTA yang mampu meneutralkan segala macam racun BENCI dan DENDAM musuh luar yang dibungkus dalam label macam-macam jenama.
Faisal Tehrani, dalam novelnya Tuhan Manusia ( boleh dipersetujui, boleh tidak ) telah mewacanakan hakikat ubudiyyah. Watak Ali Taqi bertanya pada bapanya, apakah itu yang dimaksudkan dengan hakikat ubudiyyah. Jawab si bapa pada Ali Taqi, hakikat ubudiyyah itu ialah tidak melihat segala yang Allah berikan kepadanya sebagai hak milik sendiri. Kerana seorang hamba tiada hak milik. Harta dipinjamkan dan dibelanjakan dengan perintah Allah.
Perkara kedua dalam hakikat ubudiyyah ialah HAMBA TIDAK MENGATUR DIRI. Manusia jadi sibuk kerana perintah Allah. Dalam surah az-Zariyyat ayat 56, telah tersebut jelas perintah itu. Jadi, manusia sepatutnya tidak berasa stress mahupun tahzan, jika dia benar-benar faham kanun dalam ayat ke-56 surah tersebut.
Kata bapa Ali Taqi, “ Ketiga, bila kita sudah menyerahkan urusan kepada Pengurus Paling Atas, segala musibah dunia pun menjadi ringan. Kerana proses itu akan membolehkan kita merendah diri. Kita tidak perlu lagi mencari dunia Taqi, untuk mencapai sifat takatsur atau berbanyak-banyak dan tidak perlu pula berbangga yang bukan-bukan dengan sifat takabbur.”
Penulis sekali lagi membawa soalan Ali Taqi :
“ Jadi Abah… kalau orang mengamal dan memahami hakikat ubudiyyah ini maka penderitaannya pun lenyap ? ”
Jawapan si bapa tidak mengejutkan penulis.
“ Begitulah.”
Penulis sendiri berfikir sudah banyak kali, individu Muslim manakah yang mampu menolak rahsia kebahagiaan yang dinyatakan dalam Tuhan Manusia ini, walaupun datang dari sekolah pemikiran yang berbeza ?
Jika ada pendapat dari sekolah pemikiran Islam yang lain, yang lebih baik dan menarik tentang konsep manusia sebagai hamba Allah, apa salahnya dikongsikan bersama di ruang diskusi ?
Satu lagi persoalan untuk difikirkan bersama-sama : Siapa atur siapa sepatutnya ?
Wallahualam…
Menjadi Zaidah… April 22, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.1 comment so far
( Dedikasi untuk Kekanda DSR Erom dan
pembaca artikel ‘Merampas Kembali Cinta Yang Hilang’ )
PENULIS sama-sekali tidak berminat untuk menjadikan blogs ini sebagai gelanggang tahkim, sekadar berkongsi pendapat alternatif/wacana balas dengan pembaca tentang artikel di atas, yang telah tersiar di akhbar Utusan Borneo pada Isnin 20 April yang lalu.
Reaksi sebagai penulis karya Dari Rose Quartz Ke Cakna Cinta dan Di Balik Lembut Kerudung Dan Teduh Wajahnya.
Dan sudah jadi salah satu kegemaran penulis untuk memulakan apa-apa wacana dengan set induksi dari karya penulis lain. Penulis berbesar hati untuk membawakan teks yang dipetik dari novel Pulau Renik Ungu, buah fikiran dan sukma Bonda Siti Zainon Ismail yang tercinta :
Wahai, didengarnya kelibas sayap helang laut. Decip ketilang air, sudah lanjutkah usiaku?
“Ayuhlah, jangan memilih sangat,” usik seorang Sasterawan Negara kala mereka menghabiskan sisa petang di lobi Hotel Hyatt setelah selesai bengkel sastera di Kinabalu. Bersuami atau tidak, memang selama ini tidak dirasakan kelainannya. Mungkin kerana dia lebih berhati-hati menyediakan kertas kerja, penyelidikan di perpustakaan atau di lapangan. Memenuhi undangan forum, seminar atau ceramah, lebih menarik daripada memenuhi undangan pesta perkahwinan keluarga. Lebih utama memilih senarai buku daripada memikirkan rumah tangga. Rumah tangga? Bukankah makna ‘rumah tangga’ itu mulai atau kerap kali meraguinya. Bayangannya terhadap definisi ‘rumah tangga’ kerap merujuk pada reka bentuk rumah Melayu tradisi. Ada tangga di depan anjung yang menghubungkan ruang tengah atau ibu rumah yang luas tempat berkumpulnya keluarga. Dapur di belakang sebagai pelengkap hidup. Dulu, tangga dihias indah. Rumah Melaka — bertangga batu, hiasan seramik berbunga-bunga; terjulur luas menyongsong halaman. Seakan melambai tamu agar mengunjunginya. Rumah menjadi harmoni dengan anjung terbuka. Serambi yang luas, tingkap dan jejenang membuat angin bebas keluar masuk. Tetapi itu dulu. Waktu nenek dan datuknya memastikan tapak rumah. Sempurnakah erti ‘rumah tangga’! Kini erti atau makna estetis dan filsafat tidak ada lagi. Cuma fungsinya sahaja. Memang ada bangunan dengan ratusan malah ribuan anak tangga di flat tinggi ibu kota, kemudian dilengkap lagi dengan kelancaran lif. Mana ada rumah bertangga lagi! Dengan lif, jalan singkat ke puncak mudah sekali dilalui. Begitu jugakah perkahwinan itu? Ah! Institusi asal perkahwinan juga telah tergelincir makna. Adiknya. Ya, adiknya. Tiba-tiba Zaidah teringat adiknya. Selepas berkähwin, setelah melahirkan anak pertama — hubungan keluarga, ibu anak Seakan terputus. Setiap kali adiknya berkunjung ke rumah, hanya Yati sahaja yang singgah. Suami hanya menghantar setakat pintu pagar. Dan datang lagi untuk menjemput Yati pulang. Di manakah perbualan mesra yang dapat menyegarkan kasih sayang. Di manakah kesilapan ‘rumah tangga’ itu? Duniakah yang bobrok atau manusia si penghuni alam yang menghodohkannya? Di mana pula cermin diri yang dapat memantulkan kekeruhan dan kejernihan nurani insani? Inilah jawapan atau kesan kecurigaan Zaidah, hingga tidak peduhi dengan kudrat alam! Aku ingin menumpah kasih sayang melalui kerjaku. Dengan mahasiswa. Dengan sahabat-sahabat dan terus membina persahabatan setiap kali bertemu teman-ternan baru.
“Tidak menjalin rasa batin?” tanya lagi si sasterawan.
“Oh! Tentu saja — rasa ilmu cukup merangsang saya untuk bekerja.” Memang sesekali dia tersentuh, berkeluh…
( m/s 54-55 )
Keluhan seorang Zaidah Johri Thibroni, sungguhpun terluah pada era penulis masih berada di sekolah rendah, tetap relevan hingga ke hari ini. Malah dalam era pascamoden dan serangan fikrah perkampungan global yang semakin menjadi-jadi sekarang, keluhan Zaidah itu kian benar adanya.
Membuat satu jukstaposisi antara keluhan Zaidah dengan salah satu persoalan dalam artikel yang ditulis DSR Erom, lalu menyorotnya dengan realiti hidup; yang hadir dalam minda penulis seusai pembacaan adalah : “ Pandangan dalam artikel Merampas Kembali Cinta Yang Hilang adalah pandangan seorang idealis yang benar-benar berat untuk dilaksanakan.” Semakin berat apabila meletakkannya saling bersebelahan dengan realiti hidup pascamoden yang penuh momokan.
Kenapa ?
Pertama, izinkan penulis menyorot pula pandangan seorang Citra Femina dari Di Balik Lembut Kerudung Dan Teduh Wajahnya, kerana jawapannya ada di situ :
“ …Bukannya saya tidak percaya pada qada’ dan qadar Allah. Percayalah Kapten, apabila majoriti dari kaum sejenis Kapten telah kembali menyedari hakikat sebenar kenapa dirinya harus wujud dengan ikhlasnya, lalu segala tindak-tanduknya pun berasaskan hakikat itu, masa itulah saya juga akan menjalani hidup seperti wanita lain yang Kapten kenali. Bercinta dan berbahagia dengan cinta…”
Lanjutkan lagi kata-kata Citra Femina…
“ Jadi, buat masa sekarang biarlah saya begini, Kapten. Kerana saya yakin dan percaya bahawa saya diciptakan bukan untuk lelaki yang hanya berbangga untuk memiliki dan menguasai kami !”
Betapa majoriti dari kaum lelaki itu sendiri telah membuat Citra Femina si juruterbang srikandi cuak lalu mengasosiasikan alam rumahtangga dengan satu istilah yang popular di kalangan juruterbang dan komuniti penerbangan, CFIT- Controlled Flight Into Terrain ( Penerbangan Yang Terkawal Telah Terbang Menuju ke Cerun ).
Sungguh satu pandangan yang menyebabkan Kapten Tajol Adros tersentak. Lantas mendalami pendapat Ibnu Arabi tentang cinta lelaki-wanita. Hakikat penciptaan Adam dan Hawa serta hikmahnya. Menyedarkan dirinya betapa dia dan majoriti kaum sejenisnya telah memilih untuk menjadi Julius Ceasar- Yang memandang wanita dengan pandangan, “ Aku lihat. Aku datang, Aku taklukkan !”.
Atau paling ngeri, terus terbayangkan ‘tilam dan bantal’ melulu apabila memikirkan wanita !
Penulis tidak berminat untuk berkhutbah atau menulis didaktik ala tulisan DSR Erom. Hanya menyetir pendapat watak-watak dari karya kreatif yang relevan sebagai jawapan, dan serahkan kepada pembaca dan buatlah seperti kata Nabil ( versi yang lebih berbahasa ) : “ Saudara-saudari fikirkanlah sendiri !”. Kerana penulis yakin, majoriti dari pengunjung blogs ini rata-rata orang-orang yang terpelajar, ulul albab dan tidak sukakan perubahan yang dipaksakan.
Kedua, sambung lagi tentang Zaidah…
Zaidah menyedari beberapa keinginan memajukan diri selalunya menjadikan wanita makin kehilangan nilai peribadi. Hayati, sahabat sarjananya berjuang terus-menerus untuk menyelesaikan pengajian ke peringkat doktor falsafah, terpaksa menangguhkan perkahwinan. Si lelaki tidak sabar, sanggup memkahi bakai adik iparnya. Hayati kecewa, merajuk, dan kini menctap di Vienna. Raihan yang terlewat jatuh cinta ingin menyempurnakan diri scbagai wanita, akhirnya meninggalkan lapangan kesarjanaan apabila bertemu Coln di Phnom Penh. Terkejut oleh manisnya cinta mereka menyatu dan berkeluarga dan kini menetap di Islamabad. Tetapi Zaidah terlalu berhati-hati dan sabar. Itulah pegangannya setiap kali ada mata helang mengintai yang bila-bila sahaja dapat mematahkan sayap simpatinya yang rapuh. Dia menghindar dan terus menghindar. Akhirnya dia lebih selamat berjalan sendiri.
Selamat berjalan sendiri… Bukankah ramai wanita era pascamoden lebih rela menjadi Zaidah, sebelum Henry Philip Baker ( baca Pulau Renik Ungu dulu ya… )datang dari indera suralaya mengetuk jendela kasih yang nyaris terkunci pateri ?
Rela menjadi Zaidah kerana majoriti ‘Adam-Adam’ yang ada bukan lagi ‘Adam-Adam’ yang pernah menakluki dua pertiga dunia suatu ketika dulu dengan keindahan akhlak dan budi pekerti berteraskan wahyu Illahiah. Rela menjadi Zaidah kerana sedar bahawa wanita sememangnya tidak patut menjadi lilin yang memusnahkan diri demi menerangi orang lain, sebaliknya patut menjadi rembulan yang meminjam kekuatan matahari untuk menerangi malam. Sementelah lagi, kalau hati ‘Adam-Adam’ sudah suka duduk dalam gelap-gelita dan menjauhi cahaya, apa perlunya pada lilin mahupun rembulan ?
Ada pula suara-suara yang menyatakan, “ Alah alasan… ‘Adam-Adam’ cuma manusia biasa… Banyak khilaf sana-sini. Terima sahaja apa yang ada. Nanti berubahlah dia perlahan-lahan.”
Jawapan penulis pada suara-suara itu : Mencegah masih lebih baik daripada mengubati.
Pemerhatian penulis terhadap kisah rumahtangga orang lain sudah lebih dari cukup untuk penulis menyetujui sebuah pendapat yang menyatakan hubungan rumahtangga yang berjaya memerlukan dua orang untuk menjayakannya, dan cukuplah seorang sahaja di antara mereka yang menjahanamkannya. Jika si isteri seorang sahaja yang berusaha sampai habis separuh nyawa tapi si suami sebagai nakhoda yang jahil dan kurang akhlak bersikeras membawa bahtera ke beting pasir, tak jadi juga !
Penulis sukacita mengemukakan kes pengendalian kokpit pesawat oleh juruterbang secara berpasukan sebagai analogi realiti kehidupan berumah-tangga dan pembuktian kebenaran pendapat di atas- cara yang lebih manis dan berakhlak berbanding terang-terangan membuka aib orang-orang yang paling dekat dengan penulis. Penulis mengambil kes insiden perlanggaran yang menimpa pesawat jumbo B747 kepunyaan Pan Am dan KLM di Lapangan Terbang Tenerife, Sepanyol pada tahun 1977. Dalam kes berkenaan, Kapten dalam pesawat KLM tidak mengendahkan teguran pegawai pertama dan jurutera penerbangan yang memberitahunya bahawa mandat perlepasan sebenarnya belum diberikan oleh menara kawalan kepada mereka. Kapten meneruskan perlepasan lalu pesawat mereka terlanggar pesawat Pan Am yang sedang mentaksi masuk ke susur masuk menuju terminal.
Insiden tersebut masih menjadi insiden paling mengerikan pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.
Dalam realiti yang terjadi dalam banyak kes rumahtangga sekarang, si isteri berada di posisi pegawai pertama yang komited pada kesejahteraan bersama dan si suami sebagai kapten yang menjahanamkan segala-galanya. Si isteri menjadi lilin yang memusnahkan diri, menelan kepahitan hingga hilang keupayaan mewaraskan suasana atau terpaksa mengidap penyakit kanser pada akhirnya.
Selesai sudah menjawab soalan kenapa… Jadi…
Salahkah menjadi Zaidah jika ‘Adam-Adam’ yang ada pada hari ini cenderung berperwatakan seperti kapten KLM dalam insiden di Tenerife ? Salahkah menjadi Zaidah yang tabah menyendiri santak ke hari kemunculan Henry Philip Baker yang dari jauh penuh pengertian ?
Subhanallah, mewacana-balas satu artikel DSR Erom ini memerlukan siri maraton artikel blogs, kerana persoalannya berpencar, tidak memusat seperti artikel Nisah Hj. Haron atau Rebecca Ilham yang boleh diwacana-balas dalam satu artikel sahaja. Jadi wacana balas penulis ditangguh lagi hingga ke judul yang lain pula.
Wallahualam…
KENAPA NAILOFAR ? April 22, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.5 comments
( Untuk Kekanda Ina Marjanul Ulfah dan Adinda Tuah Sujana yang budiman khususnya, dan untuk mereka yang tertanya-tanya : KENAPA NAILOFAR ? )
Iqbal,
Imtihan Niha’ie semakin hampir.
Aku kini membilang hari.
- Nailofar
Siapakah engkau ?
Iqbal menelan liur. Matanya masih tepat ke monitor.
Hatinya kian geram. Sudah dua kali dia membaca perutusan yang disalinnya dari kantung e-melnya semasa ke kafe siber untuk dibaca menerusi komputernya di rumah. Isi ringkasnya cukup untuk menerangkan bahawa Nailofar seorang yang mengambil benar tentang dirinya.
Walaupun sudah beberapa kali e-mel Nailofar datang bertandang, belum sekali Iqbal membalasnya. Dia sekadar membiarkan, tetapi gadis itu bagaikan tidak jemu-jemu.
” Aduhai, siapakah engkau hai Nailofar?” bisik Iqbal sendiri.
Iqbal menyebut nama aneh itu berkali-kali.
Dia tidak menafikan. Memanglah ia suatu nama yang nian indah. Bagaimanakah agaknya gerangan tuan yang memiliki nama yang sebegitu klasik? Secantik gadis impiannyakah?
( Sesegar Nailofar, Bab 10 m/s 102 )
BAGI yang pernah bertanya kenapa Nailofar dan bertanya apakah penulis telah terpengaruh dengan novel yang telah digarap oleh Zaid Akhtar ini, penulis tidak dapat menafikan bahawa Ismi’ Nailofar yang menjadi nama pena penulis telah mendapat inspirasi dari novel ini.
Bagi mengetahui susur galur jejak kreatif nama pena ini, izinkan penulis meneruskan petikan dari novel ini.
SEMALAM, tanpa disangka, semasa ralit mengulangkaji dia menemui nama itu lagi. Rupanya nama itu sering disebut dalam puisi-puisi Andalusia yang sedang dipelajarinya. Tetapi maknanya, secara tepat dia tidak pasti. Dia tidak dapat mengagak. Apatah lagi puisi-puisi Andalusia lebih payah difahami berbanding puisi Arab biasa mahupun klasik seperti puisi zaman Jahiliyyah, Umaiyah dan Abbasiyyah.
Adakah itu nama seorang perempuan terkenal dan rupawan pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol atau nama sejenis tumbuhan ?
Didorong perasaan ingin tahu yang menunu itu Iqbal lantas mencapai Lisanul Arab, kamus bahasa Arab yang paling akbar pernah dihasilkan. Dia mencari-cari perkataan Nailofar. Malangnya tiada.
Iqbal terdiam sejenak. Berfikir.
Bilakah Lisanul Arab dihasilkan? Adakah sebelum atau selepas pembukaan Andalus? Jikalau Ibn Manzur menyusun kamus ini sebelum Thariq bin Ziad menyeberangi Selat Gibraltar menggempur Kristian Sepanyol bermakna perkataan ” Nailofar” pasti tidak akan ada dalam kamus yang agung ini.
Dia lalu mencapai beberapa kamus lain yang lebih mutakhir. Dan tekaannya tidak meleset. Dia menemukan makna perkataan Nailofar.
Nailofar memang berasal daripada bahasa Andalus, tetapi telah diarabkan. Ia nama kepada spesies bunga yang habitatnya di dalam air. Spesies yang hampir sama dengan lili dan teratai.
Iqbal terkelip-kelip, cuba memikirkan di manakah lojiknya seseorang boleh menyukai nailofar. Apakah simboliknya?
Bunga spesies ini setahunya tidaklah seharum mawar, tetapi kerana hidupnya hanya di dalam air menjadikannya sentiasa segar dan lambat layu. Barangkali kerana kesegaran itulah gadis itu menyenangi bunga ini. Tidak mawar, dahlia, telukis, kemboja, anggerik, dan sebagainya, tetapi nailofar.
Lantas dipilih nama Nailofar, Iqbal beranalogi.
Tetapi, maujudkah gadis Melayu yang menyukai bunga nailofar ?
Belum pernah didengar!
( m/s 102-105 )
Entah kenapa Nailofar- nama yang disebutkan oleh Ustaz Zaid tiba-tiba menggoda-goda benak. Dada penulis berdebar-debar mendengarkan nama itu.
Nailofar memang berasal daripada bahasa Andalus, tetapi telah diarabkan. Ia nama kepada spesies bunga yang habitatnya di dalam air. Spesies yang hampir sama dengan lili dan teratai.
Mudah-mudahan dengan izin Allah, hasil siasatan tentang nailofar dari aspek botanikal bakal menyusul sesudah ini.
( p/s: Jawapan penulis untuk Iqbal : Dengarkanlah, gadis Melayu yang menyukai nailofar memang maujud. Tapi, jika Iqbal inginkan gadis Melayu tulen, maaf. Penulis berdarah kacukan yang bukan Pan-Asia. )
Apabila penulis membuat perenungan tentang mesej yang tersembunyi di balik citra nailofar ini, penulis tersentuh hati lalu penulis memilih bunga ini sebagai perwakilan survival jati diri seseorang, walau di mana dia berada. Nailofar boleh sahaja berada di air kolam atau paya berlumpur, tapi kecantikannya tak tergugah. Sebegitulah manusia sepatutnya, tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang berbudaya kumal dan bejat, justeru cekal mempertahankan rumah budayanya yang bertiangserikan agama.
Nailofar ini penulis tanggapi secara peribadi, sebagai perlambangan untuk cinta suci dan setia. ( nota : Menjukstaposisikannya dengan bunga mawar, penulis menanggapi mawar sebagai lambang cinta yang melihat dengan pandangan ‘tilam dan bantal’-meminjam kata Ustaz Faisal Tehrani. ) Kenapa ? Nailofar sentiasa segar dan penuh walau tidak disirami air, sedangkan mawar mudah hilang kesegarannya jika tidak selalu disiram dan itu perlu kepada usaha pemugaran yang berterusan. Nailofar juga tidak perlukan duri seperti mawar yang selalu dihampiri oleh tangan-tangan yang ‘sok suci’ gara-gara harumannya yang selalu menggoda-goda di khalayak ramai. Jika haruman nailofar tidak menggoda khalayak untuk memetiknya, apa perlunya nailofar pada deduri ?
Sementelah lagi, cinta berasaskan unsur ‘tilam dan bantal’ selalu dihantui curiga dan sangsi.
Jadi penulis mengambil Nailofar sebagai nama pena. Teruskan lagi dengan susur galurnya…
Sewaktu membaca artikel tentang Orhan Pamuk, penulis terkesan tajuk sebuah novelnya sebegini : My Name Is Red ( Jika ada yang tahu tajuknya dalam Bahasa Turki, tinggalkan sahaja di papan mesej. ). “Nama Saya Merah”. Penulis tertujah dengan tajuk ini, dan terfikir : “ Apa salahnya jika nama pena saya berbunyi, ‘Nama Saya Nailofar’. ?” Penulis tak berhajat mencedok terus frasa My Name dalam bahasa Turki. Jika digabungkan dengan nama Nailofar, aduh !
Lalu dicarilah frasa yang setara dengan frasa ‘Nama Saya’ dalam bahasa Arab. Alhamdulillah, bunyinya Ismi’. Dan jadilah nama Ismi’ Nailofar yang telah menenggelamkan nama Aulia Humaira.
Mudah-mudahan dapat memuaskan hati-hati yang dilanda panasaran. Wallahualam.
Seorang Nik Nur Madihah, Seorang Durratun-Nasuha, Seorang Totto-Chan… April 18, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.1 comment so far
Dan pengumpul ilmu ini,
Selalu berasa
‘antara realiti dan halusinasi’
kenapa dia selalu dibawa menempuh bungkusan masa lalu
yang pekat dan nikmat.
-Siti Zainon Ismail-
( dalam novel Pulau Renik Ungu )
Mukadimah : Tujahan untuk memulakan artikel ini bermula setelah membaca naskhah buku biografi Totto-Chan: Gadis Kecil Di Jendela -garapan Tetsuko Kuroyanagi dan diterjemahkan oleh Shamsudin Jaapar- buat kedua kalinya sejak membacanya pertama kali ketika di Tingkatan Dua. Entah mengapa, imej dan judul buku ini boleh terhimbau di kepala dan menggoda-goda sewaktu penulis berada di kedai buku Dawama Kota Kinabalu -ketika hari terakhir Persidangan Persuratan Dan Kebudayaan Kebangsaan tempohari. Penulis difahamkan yang buku itu sudah habis dijual dan perlu menanti untuk mendapatkan baki stok dari Dawama Kuching. Maka menantilah penulis, bagaikan kekasih yang menanti lamaran dari yang tersayang. Alhamdulillah, buku itu, sungguhpun lama, tapi penulis peluk-peluk buku tersebut sewaktu berjaya memperolehinya, seperti buku itu baru diterbitkan pada tahun ini.
Ketika penulis mula-mula membaca buku ini, penulis terpikat dengan ceritanya, serta hal-hal yang bersifat lateral. Bila pembacaan kali kedua ini, ada perbezaan sedikit ( atau banyak ? ), apabila penulis keharuan sejak awal mula membacanya. Pengalaman sebagai guru kontrak yang berdepan dengan kanak-kanak yang lugu dan berhati luhur di sebalik kenakalan dulu, sedikit sebanyak melonjakkan emosi penulis. Ditambah lagi dengan tertimbulnya isu-isu pendidikan yang ada sekarang. Menggulati ilmu psikologi juga menambahkan penghayatan. Lalu muncullah kembali watak Durratun-Nasuha dari cerpen Titip Doa Buat Durratun-Nasuha, menjengah ruang minda dengan senyum bergula, juga wajah Nik Nur Madihah yang kegirangan di samping ayah dan ibunya. Subhanallah, maka muncullah artikel ini sebagai cermin untuk penulis dan para pembaca melihat refleksi. Seperti cermin yang dikatakan oleh Maulana Jalaluddin Rumi :
“ Engkau tidak terfikir bagaimana sukarnya aku menggelintar hadiah untuk diberikan kepadamu. Tak ada yang benar-benar sesuai. Apakah wajar membawakan emas untuk diberikan kepada lombong emas atau menghadiahkan air kepada laut ? Segala yang aku bawakan untukmu bagaikan membawa rempah-ratus ke Dunia Timur. Memberikan hati dan jiwaku kepadamu tidaklah elok kerana engkau sudahpun mempunyainya. Jadi, aku bawakan buatmu sebuah cermin. Lihatlah dirimu dan ingatlah aku.”
Seorang Nik Nur Madihah, Seorang Durratun-Nasuha,
Seorang Totto-Chan.
Penulis tidak punya hal dengan gadis manis yang telah merangkul 20A dalam SPM lepas dan bercita-cita hendak menjadi seorang ahli fizik ini. Malah tumpang bersyukur. Saya punya keyakinan yang setiap orang diciptakan Allah punya manfaat dan misinya yang tersendiri, tidak sia-sia. Cuma ada sesuatu yang tersirat- mengharukan lagi meresahkan sedang bertandang…
Sejak dulu telah tumbuh trend meraikan dan mengagung-agungkan pelajar pintar/cemerlang seperti Nur Amalina, Adi Putera dan yang lain-lain. Pembaca, kejutkanlah dulu diri buat berapa ketika. Walaupun mereka memang layak diraikan, tapi mereka hanyalah kumpulan terkecil, amat kecil berbanding yang berwatak seorang Durratun-Nasuha ( Sila baca cerpen dalam Dewan Sastera April 2008, untuk mengetahui siapakah Durratun-Nasuha yang penulis maksudkan. ) di sekeliling kita. Dalam sibuk-sibuk kita menjulang itu, tiadakah langkah-langkah awal untuk ‘meraikan’ kehadiran yang kurang pintar/kurang cemerlang pula ? Apakah yang kurang pintar/kurang cemerlang ini sudah tidak ada fungsinya lagi buat negara ?
Tangisan Cikgu Hamizah ( watak dalam cerpen yang sama ) adalah tangisan penulis untuk semua pelajar yang berwatak Durratun-Nasuha. Watak majoriti yang ada di setiap sekolah ( Namun, Durra diakui agak ekstrem dengan masalah perlakuan serta disiplinnya ). Tangisan rasa ketakberdayaan untuk membantu Durra yang diamankan dengan rasa pasrah dan doa. Menunggu keajaiban.
Cikgu Hamizah menangisi nasib Durra. Sebagai kanak-kanak, nasib Durra tidak secerah Totto-Chan. Ibunya tidak berjiwa sebesar yang dimiliki oleh ibu kepada Nik Nur Madihah atau ibunya Totto-Chan. Durra tidak pernah bertemu guru pembimbing setulus Sosaku Kobayashi di Tomoe Gakuan. Dia anak terbiar dengan pelbagai kompleks psikologi serta kekacauan rasa yang dibawa-bawa hingga ke alam remaja. Terdampar di sekolah yang menjulang ‘intan yang tercanai’ seperti Nur Amalina dan Nik Nur Madihah, guru-guru prejudis malah tidak ambil pusing pada Durra.
Tapi, masih ada yang kasih lagi prihatin. Seorang Hamizah, yang kini semakin sukar dicari, sedang kanak-kanak dan remaja yang nakalnya tidak terkawal, sifat penasarannya melebih-lebih dan punya imaginasi luar bendungan yang dirangsang gelombang Global Village semakin bertambah.
Cikgu Hamizah dan penulis sendiri tercari-cari formula apakah yang sebenarnya sangat efektif untuk membendung kemunculan lebih ramai Durratun-Nasuha. Dan formula yang dicari pun tergambarlah seusai pembacaan teks Totto-Chan : Gadis Kecil Di Jendela ( baca : Totto-Chan ).
Antara Ulul Albab Dan Tomoe Gakuan
Sebelum melangkah jauh, elok rasanya penulis memperjelas ulul albab itu apa sebenarnya. Dalam novel Tuhan Manusia garapan Faisal Tehrani, definisi ulul albab dinyatakan seperti berikut :
Ulul albab ialah sekumpulan manusia istimewa yang memperoleh hikmah dan pengetahuan daripada Allah SWT. Mereka merupakan pemikir yang mendapat pelajaran dan dapat membuat keputusan untuk insan lain mengenai kehidupan ini. Mereka adalah golongan yang diberi pedoman seperti yang disebutkan oleh Allah dalam surah Ali Imran ayat 7 : ‘ Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk daripada Allah dan mereka itulah ulul albab’ ( ms 262 )
Dalam novel yang sama, ulul albab mempunyai sikap bersungguh-sungguh mencari ilmu, melalui proses tafakur dan tasyakur, memisahkan yang haq dari yang batil serta aktif membaiki masyarakatnya.
Ulul albab tidak semestinya dapat 20A atau berapa A sekalipun dalam peperiksaan.
Dalam teks Totto-Chan pula, dinyatakan penghargaan Encik Kobayashi- guru besar Tomoe Gakuan-terhadap fitrah kanak-kanak yang suci bersih dan bagaimana mudahnya ia dirosakkan oleh persekitaran dan orang-orang dewasa yang kacau jiwa serta pemikirannya. Encik Kobayashi juga percaya kanak-kanak perlu dibentuk sebagaimana alam berkembang dengan harmoni dan subur. Sebagaimana kepolosan seorang kanak-kanak mudah dicemarkan dengan mesej-mesej salah, sedemikian jugalah kanak-kanak mudah menerima mesej-mesej hasanah.
Ada apa dengan definisi ulul albab dan keyakinan Encik Kobayashi ?
Kedua-duanya mencadangkan agar membentuk ulul albab harus bermula dari kanak-kanak lagi. Sebelum membuat mereka mengenal aksara dari kitab-kitab, mereka dirangsang dengan mendedahkan diri kepada sejenis kitab bernama kitab alam -alam ciptaan Allah SWT- melihat kejadian lalu bertafakur dalam bimbingan guru yang mursyid agar tahu dan kenal Pencipta Sekalian Alam dan seterusnya mengenal hikmah penciptaan manusia dan apa peranannya.
Menjadi ulul albab sebelum memperkembangkan bakat individu anugerah Allah SWT – memasak, memandu, menulis karya, berniaga dan sebagainya- untuk dimanfaatkan buat memakmurkan bumi.
Penulis sebetulnya mengagumi model pendidikan Encik Kobayashi. Ramai muridnya- yang dulunya bermasalah dalam pembelajaran- telah membesar menjadi orang-orang terpandang di alam dewasanya. Encik Kobayashi telah menentang arus konvensional pendidikan Jepun ( yang berorientasikan peperiksaan )di era sebelum Perang Dunia II. Jika model ini diIslamkan dengan menjadikan tauhid sebagai tiang seri dan syariat sebagai sendinya, penulis yakin Islam akan ada Tunas Kepemimpinan, Tunas Cipta dan lain-lain yang potensinya menggerunkan musuh-musuh besarnya. Ya, tanpa mengira siapa dapat berapa A.
Wallahualam…
Jadi ?
Alangkah baiknya jika peperiksaan UPSR itu ditukarkan dengan peperiksaan psikometrik yang sesuai untuk usia kanak-kanak, agar kanak-kanak yang terlibat dinilai personalitinya, bakat individunya lalu dikelompokkan dalam satu kelas yang sama dengan bakat yang sama. Bakatnya dibangunkan secara berterusan hingga dewasa. Dan dari bakat yang dibangunkan itu muncullah kekuatan yang berusaha merubah nasib ummah. Tiada lagi pelajar yang bunuh diri kerana kecewa dengan kegagalan dalam peperiksaan, tiada lagi kompleks kehinaan kerana merasakan diri bodoh dek kegagalan dalam akademik. Tiada lagi Durratun-Nasuha seperti yang diperikan dalam cerpen penulis. Malah populasi kaum Adam akan kembali ramai di kampus, kerana model Kobayashi sebetulnya ( setelah membaca teks Totto-Chan dan mengkaji gaya belajar orang lelaki ) dengan izin Allah mampu menyeimbangkan nisbah lelaki dan perempuan yang belajar di peringkat tertier. Model Kobayashi yang dilaksanakan perlu diperbaiki dengan nilai agama sebagai tiang seri dan sendinya.
Wallahualam…
REDHA… April 18, 2009
Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.add a comment
Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui.
( al-Baqarah : 216 )
Apakah lagi tinggal selepas kesempurnaan kalau tidak kekurangan ?
-Saidina Umar RA-
Alhamdulillah, analisis bagi cerpen Di Balik Lembut Kerudung Dan Teduh Wajahnya telah keluar di Tunas Cipta April 2009. Berdasarkan kedua-dua kalimah yang telah penulis pilih sebagai pendahuluan catatan ini, penulis sesungguhnya menyatakan keredhaan atas penilaian penganalisis- menyedari ketinggian ilmu sastera dan sikap professional beliau.
Perkara-perkara positif dan negatif dijukstaposisikan penuh hikmah lambang kehalusan peribadi Melayu/Anak Nusantara, bukankah itu KEADILAN namanya ?
Lihat :
http://isminailofar.files.wordpress.com/2009/04/ulasancerpen.jpg
http://isminailofar.files.wordpress.com/2009/04/ulasancerpen2.jpg
Apapun, penulis turut sedar yang analisis sesebuah cerpen boleh jadi berbeza jika disoroti oleh pihak yang berbeza. Misalnya, analisis yang pernah dibuat kepada cerpen Tuah Badan ( cerpen ini ditulis oleh Mad Sakiran Hj. Sulaiman ). Bahagian paling mengejutkan dalam WADAH Mac 2007 itu penulis perturunkan di sini :
Gaya bahasa dan teknik penceritaan penulis yang dikategorikan penulis ‘serba tahu tapi tak tahu’ agak menggelikan hati tetapi ada kalanya memerangkap diri sendiri…
Kecacatan cerpen akibat tidak konsisten ini akhirnya merosakkan keseluruhan mood pembaca. Tujuan asal cerpen yang cuba membentangkan permasalahan tentang perjuangan bangsa yang semakin dilupakan dan bahana perbuatan itu akhirnya tenggelam begitu sahaja akibat teknik yang bercelaru. Akhirnya kesudahan cerpen yang menggambarkan watak ‘aku’ terjaga dari mimpi sudah tidak menjadi suspen kepada pembaca. Hal ini bukan sahaja sudah menghilangkan mood pembaca malah turut menawarkan kegelisahan akibat pengakuan watak ‘aku’ didatangi Dang Bandang dalam mimpi kerana watak ‘aku’ sering terfikir tentang gejala sosial yang melanda masyarakat. Pengakuan itu bukan sahaja tidak pernah disinggung dalam plot sebelumnya malah, jika benar, sepatutnya watak ‘aku’ itu didatangi oleh alim ulama atau kiai yang berupaya membimbing masyarakat ke jalan kebenaran dan bukannya Dang Bandang yang menceritakan kesaktiannya tidak dapat memijak tanah.
( m/s 61 )
Jika penulislah yang duduk di tempat Pak Mad Sakiran, tak tahulah apa jadi !
Uniknya, sebagai kajian kes, cerpen ini telah dipilih oleh juri sebagai pemenang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 kategori Cerpen pada tahun 2008. Analisis juri terhadap cerpen ini penulis lampirkan untuk perbandingan :
Cerpen Tuah Badan mengangkat peristiwa sejarah dari sisi yang jarang diperkatakan. Cerpen ini menonjolkan peranan besar dan penting Dang Bandang dalam perjuangan suaminya Paduka Mat Salleh, seorang pejuang besar Sabah dalam menentang kolonialisme Inggeris di Sabah…. Cara dan gaya cerpen ini membongkar sejarah perjuangan Paduka Mat Salleh melalui siri ketokohan Dang Bandang adalah satu perkara yang amat menarik. Kelainan ini membuatkan cerpen ini wujud sebagai hasil karya yang lebih bermakna.
( Antologi Di Sebalik Cermin, m/s xxv )
Oleh itu, penulis belajar untuk menjadi optimistik dan redha bahawa analisis untuk cerpen DBLKDTW adalah yang terbaik dalam takdir Allah SWT.
Kata-kata ADUN Membakut, YB Hj Dato’ Ariffin Arif turut menjadi suntikan motivasi paling bermakna untuk penulis berlapang dada.
Wallahualam…















