Profail Ismi’ Nailofar
Bersembunyi di balik nama Aulia Humaira dan seterusnya Ismi’ Nailofar, nama sebenar penulis ialah Hadijah Binti Awang Mahmud. Dilahirkan pada 6 Januari 1978 di Bongawan, Sabah, namun menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Tawau, sebelum memulakan kembara akademik tinggi di Wilayah Persekutuan Labuan dan seterusnya di Lembah Minden, Pulau Pinang.
Sungguhpun baru bertatih dalam bidang penulisan secara rasmi, minatnya untuk menulis sebenarnya telah berputik sejak sekolah menengah lagi- sekalipun tidak pernah terbit di mana-manapun. Setelah gagal menjadi juruterbang militer mahupun komersil, dan seterusnya gagal menjadi penyiasat insiden udara seperti Greg Feith, penulis menumpahkan kasihnya pada dunia susastera tanpa ragu-ragu. Dengan azam yang sama seperti Ustaz Hasrizal Jamil : Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan kembara insan mencari Tuhan.
Penulis meminati karya-karya prosa Maulana Mohammad Saeed, Mohd Affandi Hassan, SN Almarhum Pak Arena Wati, Abu Hassan Morad, Faisal Tehrani, Nisah Hj. Haron, Habbiburahman el-Shirazy, Zaid Akhtar dan Rebecca Ilham. Dan meminati puisi-puisi Maulana Jalaluddin Rumi, Mohammad Iqbal dan Nahmar Jamil.
Karya-karya penulis pernah mengisi ruang media cetak di peringkat Sabah ( Utusan Borneo, Wadah, Karya dan Jendela Sabah ) dan peringkat nasional (Anis, Dewan Sastera, Tunas Cipta ). Penulis juga menulis dalam laman Sastera Siber di esastera.com.
Masih lagi menjadi penulis sepenuh masa dan menetap di Kinarut, Papar; penulis boleh dihubungi di alamat : Lot 17, Blok A1, Taman Seri Kinarut, Jalan Papar Lama, Kinarut Selatan, 89600 Papar, Sabah. Dan penulis juga boleh dihubungi di khadijah_awangm@yahoo.com.
TANGGA-TANGGA YANG SUDAH DIDAKI…
AKTIVITI SUSASTERA
2007
-
Khemah Bahasa Pelbagai Kaum Peringkat Negeri Sabah aktiviti anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah ( DBPCS ), sempena Bulan Bahasa Dan Sastera Negara 2007 di Hotel Paradise Beach, Kinarut pada 9-11 September 2007.
-
Kursus Keterampilan Berbahasa Dalam Penulisan Kreatif anjuran DBPCS di Sudut Penulis, Bangunan DBPCS, Teluk Likas pada 8 Mei 2007.
-
Bengkel Penulisan Kreatif anjuran DBPCS di Rumah MPMS, Kota Kinabalu pada 30 Mac -1 April 2007
2008
-
Ahli di esastera.com pada 3 Januari 2008
2009
-
Persidangan Persuratan Dan Kebudayaan Kebangsaan 2009, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, pada 6-8 Mac 2009.
ANTOLOGI CERPEN BERSAMA :
-
Pertelingkahan Magis, Kumpulan Cerpen Dan Puisi Khemah Bahasa Peringkat Negeri Sabah 2007, Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah
CERPEN ECERAN :
-
Dari Rose Quartz Ke Cakna Cinta ( di bawah nama Aulia Humaira ) – Dewan Sastera ( sisipan Tunas Cipta ) Jun 2008.
-
Tikaian Kalbu Menggelintar Jawapan ( di bawah nama Aulia Humaira ) – Karya ( terbitan DBP Cawangan Sabah ) Bil.1 Jun 2008.
-
Di Jalur Teja Ada Keinsafan ( di bawah nama Aulia Humaira ) – Jendela Sabah ( terbitan DBP Cawangan Sabah ) Ogos 2008.
-
Sesuci Putih Kerudungnya- ANIS ( Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd ) Februari 2009.
-
Di Balik Lembut Kerudung Dan Teduh Wajahnya-Tunas Cipta ( Terbitan DBP Kuala Lumpur ) Mac 2009.
-
Titip Doa Buat Durratun-Nasuha- Dewan Sastera ( Terbitan DBP Kuala Lumpur ) April 2009.
-
7700 – Utusan Borneo ( Kolum Cerpen DBP Di Suratkhabar- Utusan Borneo, Kota Kinabalu ) 4 April 2009.
-
Mencabik Mendung Di Langit Kelabu – ( WADAH, Mac 2008, DBPCS- namun hanya diedarkan pada Mac 2009 )
SAJAK/PUISI
( Dari antologi Pertelingkahan Magis )
-
Seroja
-
Kiamsam, Pada Detik Pertama Ku Berpijak
-
Ingat Segara, Ingat Aku
-
Muhasabah
-
Titis Embun Syurga
( Dari Majalah )
-
Permintaan dari Pancainderaku ( WADAH, Disember 2007, DBPCS )
-
Suara Syifa’ ( WADAH, Mac 2008, DBPCS )
WALLAHUALAM.




salam,
jika ada kelapangan berkunjunglah ke ruhainimatdarin.blogspot.com
Salam kembali…
Terima kasih… Dah tambah kat pautan…
Comelnya penulisnya … baru ternampak. maaf.
Semuga bersabar dengan penulis yang kurang seninya seperti saya.
Salam evolusi !
Terima kasih atas lawatannya ke sini. Pak Din kurang seninya ? Kurang periksa… Namun hujah intektualnya mampu membuat saya terpana lalu bernala-nala.
Askum.
Sungguh menggugah penulisan saudari. Indah dan mulus
Salam. Terima kasih kerana sudi datang. Mengugah yang bagaimana ya ? Saya kurang pasti. Tulisan seseorang boleh mengugah nurani, akal dan nafsu. Mudah-mudahan bukan yang ketiga itu. Wallahualam
Entahlah ejaan ni bila nak improve. Dari sekolah lagi! Rasanya macam silap keyboard (jari) kot? … prossesor OK
Salam. saya ada menulis komentar semalam.
p/s: Saya seorang wanita juga sebagai makluman.
hi, salam.. nice blog
jemput ke penaalam.blogspot.com dan berpuisi bersama pa’al di sana..
salam kenal…
tukeran link yah http://lelidee.wordpress.com