jump to navigation

Pemusnah Yang Tersembunyi Mei 23, 2009

Posted by Ismi Nailofar in Uncategorized.
trackback

Graphics and Layouts at DazzleJunction.com
Friendship Comments
Myspace Comments

 

 

Please give the most of your effort to connect our fellow colleagues with the Quran. We are now living in a disconnected society. And to connect them, let us back to the root.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Pengasas/Pengelola Saifulislam.com

 

MENJENGUK arkib artikel lama di saifulislam.com lalu bertemu kata-kata Ustaz Hasrizal- yang menyebutkan ‘We are now living in a disconnected society.’, jiwa dan rasa penulis pantas disentuh resah. Apatah lagi bila penulis kaitkannya dengan artikel Kehidupan dan Erti Persahabatan yang ditulis oleh Marlina Maepee.

Dalam artikel tersebut ( rujuk Utusan Borneo Edisi Sabah, April 20, 2009 ) Marlina menyatakan : “ …kenapalah saya tidak memahami dan mengerti tentang pentingnya menjalinkan persahabatan yang erat dan berpanjangan ?”.

Persahabatan…

Kedua-dua artikel itu cuma set induksi yang menujah penulis untuk mengorek kembali sejarah lampau – sudah tentu yang berkaitan dengan persahabatan, lalu menganalisisnya dengan jujur.

Penulis telah menemukan sesuatu yang elok dikongsikan bersama.

Mengetahui pentingnya menjalinkan persahabatan yang erat dan berpanjangan sahaja tidak cukup, jika tidak disertai kesedaran akan terdapatnya suatu unsur pemusnah yang mengagalkan untaian persahabatan, sekaligus menyebabkan seseorang menjadi ragu-ragu pada kepentingan tersebut.

Unsur tersebut ialah jahilnya seseorang dari memahami dan mengaplikasikan konsep seek first to understand, then to be understood ( baca dahulu buku 7 Habits oleh Stephen R. Covey ).

Namun, berapa ramaikah yang menyedari ? Ketika seseorang yang dianggap sahabat itu membuat salah, bukan main lagi sahabat itu dihukum, ditegur dengan cara seolah-olah sahabat yang menegur itu serba ( maha ? ) tahu apa yang baik untuk sahabatnya; berbanding menjadi orang yang mahu memahami dan berkongsi.

 

ADA APA DENGAN SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD ?

 

Kata Saudari Marlina dalam artikel yang sama : “ Bukan mudah untuk membuat orang percaya dan menerima kita sebagai sahabat mereka. Kerana kita sendiri perlulah terlebih dahulu berubah dan belajar untuk menerima kehadiran orang lain. Seperti juga kata orang, ‘Jika ingin dihormati, maka kita sendiri juga kenalah terlebih dahulu belajar untuk menerima kehadiran orang lain.’.”

Penulis yakin, majoriti pembaca yang telah membaca artikel Saudari Marlina bukan setakat mahu menerima kata-kata di atas begitu sahaja, tetapi benar-benar ingin tahu cara apakah yang terbaik untuk melaksanakan pendapat Marlina. Namun, kata-kata itu diletakkan di penghujung artikel berbanding dihuraikan. Namun, kebaikannya : membuka ruang bagi orang lain memberikan cadangan.

Dan penulis pun terpanggil menulis artikel ini.

 

 

Pernahkah kau bermimpi, seketika berada di tempatku ? Membayangkan pahit manis berlaku…”

 

Lirik lagu Datin Seri Siti Nurhaliza itu pasti masih mesra dalam ingatan para pembaca. Membayangkan bagaimana berada seketika di tempat orang yang kita hadapi dan saling berkomunikasi.

Itulah sebahagian dari apa yang termaktub dalam Seek First to Understand, Then to Be Understood. Tapi apa dia Seek first to understand, then to be understood ?

Ia merupakan tabiat kelima daripada 7 tabiat orang cemerlang yang dipelopori oleh Dr. Steven R Covey. Tabiat yang lain para pembaca silalah baca buku beliau. Tabiat kelima ini menyarankan agar kita mendengar dahulu dengan efektif dan penuh empati dari sudut pandangan orang yang berkomunikasi dengan kita, berbanding menggunakan sudut pandangan kita sendiri. Lantas, perasaan serta makna dari orang yang berkenaan akan sampai kepada kita.

Banyak tokoh besar dunia yang telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia paling cemerlang. Dan Baginda sendiri sebenarnya mengamalkan konsep seek first to understand, then to be understood, sebagai nilai-nilai terpuji yang patut diamalkan Umat Islam. Tak percaya ? Banyak buktinya. Contohnya, Baginda tidak pernah melulu membidaahkan amalan mana-mana sahabat baginda, walaupun amalan itu belum diamalkan Baginda SAW. Baginda akan bertanya dahului.

 

ILMU, AKAL, HATI

 

Untuk menegur sahabat yang buat silap, namun dalam masa yang sama masih meraikan nilai dirinya, seorang pemberi maklumbalas dalam artikel Dialog Gen-Y memberi saranan berupa berupa pendekatan “ilmu +akal +hati” untuk menginsafkan seseorang. Pendekatan ini telah lama digunakan dalam medan dakwah Islam di dunia Barat.

Pendekatan yang menyatukan ilmu wahyu yang dirajut dengan harmoni bersama hujah dari displin sains/kemanusiaan dan aplikasi psikologi berupa pujukan.

Namun, pendekatan sebegini masih tidak popular di Malaysia. Ramai yang masih suka menggunakan pendekatan yang melebihkan konsep membasuh dan mendoktrinkan. Mendera perasaan dari menggerakkan akal. Dalam persahabatan, analoginya lebih suka menegur dari mendengar luahan rasa sahabat. “ Aku sahaja betul, kau salah.” Jika sahabat yang dinasihati itu jenis yang suka berfikir dan mengkritik ( jika cadangan/teguran itu tak kena ), sahabat yang menasihati tadi akan kena batunya kembali. Jika boleh berlapang dada, boleh tahan lagi. Tapi jika sahabat yang menegur tadi mempunyai kecenderungan untuk memusuhi orang yang melawan cakapnya, kacaulah !

Lalu jadilah seperti lagu dalam filem P. Ramlee : “ Putus sudah kasih sayang…”

 

JADI ?

 

Bagi mereka yang sihat emosinya dan tidak punya sejarah kecederaan emosi yang serius ( yang sebaliknya sebaik-baiknya mendapatkan bantuan professional terlebih dahulu ), pendekatan seek first to understand, then to be understood merupakan pendekatan terbaik dalam menjalinkan persahabatan. Penulis menyedari hal ini bukan kerana terpesona dengan gaya Ustaz Hasrizal yang mengaplikasikan pendekatan ini, tetapi kerana penulis telah menyelusuri sungai sejarah lalu menyedari sesuatu dan berkata, “ Kalau semua orang menghayati lalu menggunakan kaedah ini, alangkah baiknya masa lalu jadinya !” Setiap individu yang hadir dalam hidup kita mempunyai sejarah hidup tersendiri. Ada wilayah yang boleh diakses dan ada pula wilayah terlarang. Jadi untuk mendekati setiap orang perlu pendekatan berbeza. Dan asas untuk berdepan dengan mereka sama walaupun pendekatan menyelesaikan itu berlainan : berikanlah kepercayaan dengan memberi mereka peluang untuk dipercayai.

Kata Ustaz Hasrizal dalam artikel Dialog Gen-Y : Antara Iman Dan Kufur ( untuk remaja, tetapi boleh juga diaplikasikan dalam persahabatan ): “ Kita perlu yakinkan mereka bahawa kita faham tentang mereka, dunia mereka, masalah mereka, dan kita tidak bertindak untuk membasuh atau mendoktrinkan mereka ( dengan apa yang difikirkan betul ). Jangan dijatuhkan harga diri mereka. Jangan diremehkan keupayaan berfikir mereka.”

Dan penulis membawa kembali kata-kata Maulana Jalaluddin Rumi sebagai set induksi untuk difikirkan : “ Membangunkan orang yang tidur, baik atau buruk tergantung siapa yang melakukannya. Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi, maka akan meningkatkan keadaan orang lain. Jika tidak, maka akan memburukkan kesadaran orang lain.”

Wallahualam…

Rujukan silang :

Dialog Gen-Y : Antara Iman Dan Kufur di http://saifulislam.com/?p=5639 

 

i ( Bagi yang ikut subjek pengajian hadith, boleh rujuk dua hadith yang membuktikan hal ini- hadith yang pertama terdapat dalam Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Dan hadis tersebut sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518. Untuk Hadith kedua sila periksa Abu Daud : 2/425 : hadis no : 657 ).

 

Komentar»

1. Pak Din - Mei 26, 2009

Membangun yang tidur

1. Jangan sekali-kali dinafikan keperluan seek first to understand, malah ianya menjadi asas beragama, “Awwal Ad Din Maarifatullah”. Seek first to understand Him. Malangnya Stephen Corvey kata, jadi popular, peringatan asas beragama itu, dikatakan bukan Hadith! Dari situ telah kelihatan kepincangan Muslim dalam mengapplikasikan peringatan Seek first to Understand … Islam. Kenapa saya katakan begitu? Islam telah disempitkan kepada hanya penutup dan bukan botol keseluruhnya. Perbincangan ini ada saya tuliskan di SDC. Kalau asas seek to understand tidak diapplikasikan kepada Islam, bagaimanakan ianya akan maju, sekiranya hanya digunakan untuk Muslim?

2. Saya setuju sepenuhnya saranan Ustaz HAJ dan Sdri Ismi. Tetapi persetujuan itu memerlukan cakupan yang lebih luas, dan tidak hanya terbatas kepada sesuatu lingkungan. Perluaskan pemikiran adalah jawapan terbaik, kerana Islam itu telah wujud, sebelum lagi Allah beriradah menjadikan Alam ini. Allah itu Islam dan segala tindakan dan perbuatanNya (sunnah dan CarakerjaNya) adalah tidak lain dan tidak bukan, cara Islam. Apabila kita membudayakan Carakerja Allah di dalam kehidupan kita, barulah kita dapat mensyumulkan kehadiran Islam. Jangan hanya mengambil penutupnya dan mewar-warkan sebagai syumul.

3. Saya sentiasa senyum menulis, walaupun pembacaannya mungkin menghasilkan sebaliknya, tetapi, kepekaan minda perlu mengatsai kepekaan perasaan. Irama RAP saya seperti biasa, “Ransangan Akal bukan Perasaan”. Maka apabila kita menggunakan pendekatan psikologi kepada manusia sepeti disaran “displin sains/kemanusiaan dan aplikasi psikologi berupa pujukan.” ia perlu ditekankan dengan batasan. Terbuai terus dengan cara pujukan dan rayuan, manusia menjadi lalai, leka, tak bermotivasi sendiri dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masaalah. Sebagai langkah pemula ianya berkesan, sebagaimana peringatan ‘berhikmah dalam membangunakan’

4. Berhikmah itu bukan fungsi satu hala. Ia bukan hanya kepentingan penyampai untuk berhikmah. Yang menyambut perlu faham dengan konsep yang sama. Bagaimana boleh berlaku pengaliran ilmu sekiranya hanya sebelah sahaja yang berhikmah. Ia tidak akan membolehkan suasana pemindahan berlaku. Yang menyampai berhikmah pada penerima, dan penerima perlu berhikmah pada diri, sekurang-kurangnya dengan memahami Irama RAP. Kalau kita berjaya sekalipun sebagai penyampai, dengan berkhikmah pada penerima, hanya berjaya pada ketika itu sahaja. Ianya tidak lama tinggal di dalam penerima, selagi penerima sendiri perlu faham untuk berhikmah pada diri.

5. Kata kuncinya, “Seperti juga kata orang, ‘Jika ingin dihormati, maka kita sendiri juga kenalah terlebih dahulu belajar untuk menerima kehadiran orang lain.’.” Bagaimana sebelum kita faham apa itu evolusi, kita sudah mengecap orang yang berkata itu salah?, sebagai contoh. Betapa ramainya Muslim yang percaya taklid, mengikut sahaja apa yang dihujahkan kepadanya, yang tidak berdasarkan kepada pengkajian ilmu sains, dan tidak mahu menerima kehadiran dan kepentingan ilmu sains di dalam kehidupan mereka? Ini yang Ustaz HAJ perjuangkan, menajdikan Muslim syariatik yang saintifik. Tetapi apabila seek to understand … sains, tiada, ….

6. Tepat sekali apa yang disarankan oleh Maulana Jalaludin, tetapi masih perlu kita melihat dari satu sudut berbeza. Apakah kebenaran itu berasaskan demokrasi? Lebih ramai yang bersetuju kepada sesuatu isu, maka lebih benarlah kebenarannya. Sejarah telah membuktikan berkali-kali, bahawa apa yang dipercayai semata-mata tanpa bukti, selalu akhirnya dibuktikan sebagai tidak berasas. Hanya apabila iman itu kemudian disadurkan dengan keilmuan dan pembuktian, barulah ianya menajdi kebenaran. Dan tidak ramai yang sanggup berkorabn mencari kebenaran, kerana kedamaian itu lebih hampir pada naluri asal manusia. Nafsu selalunya dapat 2/3 majoriti. Hidup nafsu!

Ismi Nailofar - Jun 1, 2009

Salam evolusi,
Kata Pak Din : ” Tepat sekali apa yang disarankan oleh Maulana Jalaluddin, tetapi masih perlu kita melihat dari satu sudut berbeza.”

Respon : Untuk mempertepat makna, saya beri apa yang saya dapat apabila melihat petikan kata Maulana.
Manusia kan ada tiga elemen ini : Nurani, akal, nafsu. Teguran dengan nafsu, menyentuh nafsu. Teguran dengan akal, sampai ke akal. Teguran dengan nurani, sampai ke nurani. Namun, mereka yang menegur dengan nafsu terlalu ramai buat masa ini. Saya pernah kena dengan manusia yang menegur dengan nafsu ini. So hostile. Kesannya menakutkan.

2. SA01 Seek first … « Sharudin.com - Mei 26, 2009

[...] SA01 Seek first … Telah terbit Mei 26, 2009 DARWIN 0 Komentar Membangun yang tidur [...]

3. Pak Din - Jun 16, 2009

Bhg 12 Teori Darwin – Mahu pencentus tahu atau …
Telah terbit September 8, 2007 DARWIN 12 Komentar Ubah

1. Petikan dari Manhaj Salafi dan Krisis Emosi (Hati) September 8th, 2006 “Ya, manusia tidak bertindak berasaskan apa yang dia tahu. Sebaliknya manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU. Tahu sahaja belum cukup. Tahu mesti mendatangkan MAHU. Dan apabila kita bercakap tentang mahu, ia bukan lagi soal akal. Ia bukan lagi soal rasional dan logik. Ia soal hati, soal perasaan. Mahu itu perbuatan emosi. Dan emosi perlu dilentur dan dibentuk dengan cara hati, bukan cara akal.” Dan dari Bahasa Akal Bahasa Hati August 18th, 2007 “Ia adalah fitrah manusia. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi.”

2. Hati di dalam bahasa Inggeris ialah liver, large organ in the abdomen secereting bile. Murah hati ialah librel, generous, tolerant, magnamimity, noble dan sebagainya. Dari beberapa huraian, hati dirujuk sebagai ‘raja anggota’ sehat hati sehatlah anggota dan sebaliknya. Pepatah Melaya menyebut “Tepuk dada tanya selera”. Dan yang tak berhati-perut (jauh dari kepala) itu terus menindas muslim di sana sini, contoh ayat. Maknanya hati Melayu (dan asalnya pengaruh Arab qa la ba – bolak-balik) dirujuk di dada. Dari penggunaannya hati merujuk kepada ciri-ciri emosi walaupun rujukan fizikalnya bukan.

3. Emotion, in its most general definition, is a complex psychophysical process that arises spontaneously, rather than through conscious effort, and evokes either a positive or negative psychological response and physical expressions, often involuntary, related to feelings, perceptions or beliefs about elements, objects or relations between them, in reality or in the imagination. An emotion is often differentiated from a feeling. Feelings convey information about situations, on both conscious and subconscious levels, via at least 30 neurochemicals acting alone or in concert in complex ways.

Peta

4. Bhg 3 Per 6 saya memperkenal ‘hati’ sebagai negative, emotional mind. Mempermudah kefahaman meletakkan akal dan hati sebagai dua alat abstract input, sejajar dengan 5 indera biasa (Bhg 2 Per 16) yang jelas sebagai input kepada tubuh manusia. Kelima-lima sensory organs indera biasa mempunyai hardware tersendiri yang disambungkan ke otak, tetapi bagi dua abstract input ini, hardwarenya terletak di otak itu sendiri, neuron. Otak itu adalah hardware yang luas dan kurang digunakan? (yang paling aktifpun dianggar 10-15%). Kefahaman saya tentang otak lebih kepada mengqiaskannya dari sistem komputer dan kitab Alam.

Dari http://sharudin.com/2007/09/08/bhg12/

Maafkan saya kerana tidak menyetujui penjelasan di atas.

4. Pak Din - Jun 16, 2009

Pak Din reply on June 8th, 2009 2:30 am:

“cubalah fahami konteks perbincangan berbanding sentiasa nak quote hujah dari quran, hadis, ijma’ ”

“sindiran ustaz-ustaz yang hanya mengambil nas mudah mengharamkan keterlibatan seseorang dengan riba”

“ustaz memilih untuk terlibat dan seolah2 berbangga dengannya. Perlukah untuk terlibat?”

“Ustaz yang boleh duduk dari subuh sampai dhuha bersembang dan berkongsi tentang masalah umat.”

“dimana Allah temukan suatu jalan untuk kita sampaikan mesej Islam, di situlah kita kna sampaikan”

“tangani masalah sebenar, masalah yang kelihatan akan turut terawat sama.”

“terperangkap di antara TEGAS dan EGO.”

“cara ustaz lagi sekali saya nyatakan dipandang sebagai sesuatu yg menongkah arus”

“fitnah tetap fitnah”

“Ustaz dan Pak Din untuk set a team yang memberi panduan kepada saya”

a team = penyokong + pembangkang?

Dari http://saifulislam.com/?p=5757#comment-52391

DI SIO, komen saya kebanyakannya dianggap keras (tidak berseni). Pembangkang tidak membawa erti menentang tetapi lebih ke arah menjadikan kita berfikir luas dan mendalam. Maaf sekiranya budaya bahas penyokong-pembangkang agak keras bunyinya.

5. P206 Permata 766 – Hari Bapa. « Keluarga Sharif Yamah - Jun 24, 2009

[...] (e) Kitab dan Suhuf yang diturun Allah (f) Adanya 124,000 Nabi-nabi dengan Nabi Muhammad saw sebagi Nabi Penutup dan Ulul Azmi, (g) Islam itu luas dan bukan Arab (h) Sunnah Allah itu adalah CarakerjaNya dan [...]

6. Pak Din - Jun 26, 2009