WANITA YANG DUDUKNYA DI KERUSI SEBELAH KIRI GELADAK PENERBANGAN… Disember 24, 2008
Posted by Ismi Nailofar in Dunia penerbangan/Aviation.trackback
Oleh : Sergio Ortega
( Diterjemahkan oleh Ismi’ Nailofar daripada artikel asal ‘Women In The Left Seat’ )
Nota penulis : Jika ada perselisihan makna yang berlaku di sini, pembaca perlu merujuk kembali pada teks asal

Barangkali, anda pernah membaca laporan tentang peristiwa yang aneh ini. Seorang penumpang yang menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh Alaska Airlines telah membuat permintaan untuk meninggalkan pesawat yang dinaikinya, sesudah Kaptennya membuat ucapan selamat datang kepada para penumpang. Apa yang menyebabkan beliau memilih untuk meninggalkan pesawat ?
Kerana kaptennya adalah seorang WANITA !
Pada masakini, posisi lelaki dan wanita dalam dunia penerbangan telah berubah, kebalikan dari situasi dalam dunia penerbangan pada 40 ke 50 tahun yang lalu ( ketika wujudnya pendapat bahawa posisi lelaki adalah di bahagian pentadbiran atau di geladak penerbangan dan wanita pula tempatnya di kabin penumpang ). Anda akan menemui wanita yang bekerja sebagai orang atasan di hub syarikat penerbangan, dan di kerusi sebelah kiri dalam geladak penerbangan sebuah pesawat besar, sebagaimana lelaki yang mengucapkan selamat buat para penumpang di pintu pesawat. Mari kita tumpukan perhatian pada golongan wanita yang berada di geladak penerbangan.
juruterbang WaNIta yang terawal
Laluan golongan wanita untuk mendaki struktur hirarki dalam dunia penerbangan tidaklah semudah mana. Bukan hanya disebabkan oleh kerjaya sebagai juruterbang itu sendiri yang secara tradisinya merupakan kerjaya untuk golongan lelaki, malahan kerja menerbangkan pesawat merupakan aktiviti berbahaya pada masa itu. Juruterbang wanita berlesen yang pertama ialah Harriet Quimby pada tahun 1911. Beliau merupakan wanita pertama yang terbang merentasi Selat Inggeris menggunakan pesawat Blériot setahun kemudiannya. Beliau telah terbang di laluan yang digunakan Louis Blériot julung-julung kalinya empat tahun yang lalu.
Golongan wanita tidak hanya meredahi sempadan jantina, tetapi juga sempadan perkauman. Bessie Coleman telah berjuang sehabis daya untuk menjadi juruterbang wanita pertama dari jurai keturunan Afrika yang bermastautin di Amerika. Beliau telah berhijrah ke Perancis untuk berlatih di École d’Aviation des Frères Caudron, disebabkan sekolah latihan di Amerika Syarikat benar-benar membuka peluang untuk menjadi juruterbang kepada golongan wanita mahupun terhadap mereka yang berbeza latar belakang budaya. Beliau mencapai matlamatnya dan mendapat lesennya pada tahun 1921. Namun, beliau hanya mampu menggunakan lesennya selama hampir lima tahun, setelah terkorban dalam nahas pesawat pada tahun 1926.
Perlumbaan udara yang hanya membabitkan juruterbang wanita telah menyediakan satu penemuan yang penting. Perlumbaan Udara Bagi Wanita Peringkat Kebangsaan 1929 -yang terbesar setakat itu- telah menghimpunkan lebih dari 30 orang juruterbang wanita dalam pertandingan yang mengambil laluan di antara Oakland di California ke Cleveland di Ohio. Dalam pertandingan yang berlangsung di Long Island, kebanyakan dari juruterbang wanita yang bertanding ( 26 orang pada masa itu ) telah bertemu lalu menubuhkan The Ninety-Nines Club. Nama yang mempunyai makna tersendiri dan penting selepas itu, kerana 99 orang juruterbang wanita yang berlesen yang menyertainya merupakan ahli yang aktif. Bilangan juruterbang wanita telah meningkat dengan sekata, dari 200 orang pada tahun 1930 kepada 700 ke 800 oran pada tahun 1935. Sungguhpun demikian, bilangan itu masih sangat kecil jika dinisbahkan kepada bilangan juruterbang lelaki yang berlesen- Yang jumlahnya dalam ratusan hingga ribuan orang.
juruterbang wanita ( komersil ) yang pertama
Menerbangkan pesawat sebagai hobi adalah satu hal, namun menerbangkan pesawat sebagai lubuk rezeki merupakan satu hal yang lain pula. Helen Ritchey telah disahkan dalam catatan sejarah sebagai juruterbang wanita yang pertama diambil untuk bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan. Central Airlines telah mengambil beliau untuk berkerja dengan mereka pada Disember 1934, tetapi meninggalkan kerjanya kurang setahun dari tempoh lantikannya- pada Oktober 1935. Beliau menjadi mangsa kepada diskriminasi seksual yang dibuat oleh kesatuan yang terdiri daripada juruterbang lelaki belaka. Namun, beliau telah merintis laluan kepada juruterbang komersil wanita yang lain.
Pada sekitar tahun 1940 dan 1960, berapa buah negara-seperti India dan
Bulgaria- telah mula mengambil wanita sebagai juruterbang. Tetapi, kita soroti secara cepat ke era 70-an di mana diskriminasi seksual telah hilang secara perlahan-lahan. Emily Howell Warner ( lihat kanan -nota penulis) dianggap sebagai juruterbang wanita pertama di AS yang telah diambil bekerja di syarikat penerbangan. Frontier Airlines merupakan majikan beliau. Beliau menjadi pegawai kedua dalam geladak penerbangan Boieng 737 pada tahun 1973, kemudiannya menjadi pegawai pertama pesawat DHC-6 Twin Otter pada tahun 1974, dan akhirnya menjadi kapten pesawat yang sama pada tahun 1976. Kemudian, beliau bekerja dengan Continental Airlines buat berapa ketika sebelum memulakan kerjayanya bersama UPS sebagai kapten pesawat Boieng 727. Beliau merupakan wanita pertama yang menyertai ALPA ( Airline Pilots Association ). Pakaian seragam beliau dipamerkan di Smithsonian’s National Air and Space Museum di Washington, D.C. serta di Pima Air and Space Museum.
Di bawah ini merupakan senarai pendek juruterbang komersil wanita terawal yang berkerja dengan syarikat penerbangan besar di AS. Anda akan memperolehi senarai penuhnya di laman web ISWAP, atau dengan mendapatkan menu terawal mereka.
|
Syarikat Penerbangan |
Nama Juruterbang |
Pesawat |
Tahun diambil bekerja |
|
Alaska Airlines |
Joanne Osterrud Nottke |
DHC-6 |
1975 |
|
Aloha Airlines |
Madeline “Mimi” Tompkins |
B737 |
1979 |
|
America West Airlines |
Debra McCormick |
B737 |
1983 |
|
American Airlines |
Bonnie Tiburzi |
B727 |
1973 |
|
Braniff International |
Sandra Saliba Simmons |
B727 |
1974 |
|
Continental Airlines |
Mary Hirsch |
N/A |
1977 |
|
Delta Air Lines |
Joy Walker |
DC-9 |
1973 |
|
Eastern Airlines |
Barbara Barrett Smith |
N/A |
1973 |
|
Frontier Airlines (I) |
Emily Howell Warner |
DHC-6 |
1973 |
|
Hawaiian Airlines |
Sharon Emminger |
SD330 |
1978 |
|
Midway Airlines (I) |
Sharon Finch |
DC-9 |
1982 |
|
Midwest Express |
Tanya Cunningham |
DC-9 |
1988 |
|
National Airlines (I) |
Susan Horstman* |
N/A |
1979 |
|
New York Air |
Linda Smith |
N/A |
1985 |
|
Northwest Airlines |
Abigail Davis |
N/A |
1979 |
|
Ozark Airlines |
Jaqueline Gerber |
N/A |
1977 |
|
PSA |
Sari Schneph |
B727 |
1981 |
|
Pan Am (I) |
Colleen Burgess* |
B727 |
1987 |
|
PEOPLExpress |
Beverly Burns |
B737 |
1981 |
|
Piedmont Airlines |
Cheryl Faye Peters |
YS-11 |
1974 |
|
Reno Air |
Theresa Mally |
MD-80 |
1992 |
|
Republic Airlines |
Barbara Wiley** |
CV580 |
1974 |
|
Southwest Airlines |
Cathy Jones |
B737 |
1982 |
|
Texas International |
Marcelyn Bishop |
N/A |
1978 |
|
TWA |
Karen Davies Lee |
N/A |
1978 |
|
United Airlines |
Gail Gorski |
B737 |
1978 |
|
US Airways |
Joyce Stripp |
BAC111 |
1979 |
|
Western Airlines |
Terry London Rinehart |
B727 |
1986 |
* Susan Hortsman telah mula diambil berkerja oleh National pada tahun 1979, dan telah dianggap sebagai wanita pertama yang menjadi juruterbang di Pan Am apabila kedua-duanya bergabung. Sungguhpun demikian, Colleen Burgess menjadi wanita pertama yang diambil berkerja oleh Pan Am sesudah penggabungan tersebut.
** Mary Bush Shipko telah diambil bekerja oleh Hughes Airwest pada tahun 1976 sebelum penggabungan yang membentuk Republic.
Peoplexpress dan wanita yang menerbangkan jet jumbonya
Syarikat PEOPLExpress mempunyai anekdot menarik tentang krew wanitanya. Contohnya, apakah anda tahu bahawa salah seorang dari juruterbangnya merupakan bekas pramugari TWA ? Wanita tersebut bernama Lynn Rippelmeyer, dan sesudah itu menjadi kapten wanita yang pertama menerbangkan Boieng 747 merentasi ruang angkasa lautan Atlantik ( Dari Newark di New York ke Gatwick di London ). Beverly Burns, juruterbang wanita pertama yang bekerja di situ, telah mendapat penghormatan yang sama dengan Lynn, namun tugasannya adalah menerbangkan Boieng 747 merentasi benua Amerika Utara ( Dari Newark ke Los Angeles ). Sebelum menyertai PEOPLExpress, Lynn merupakan sebahagian dari krew geladak penerbangan yang dikendalikan secara keseluruhan oleh wanita buat julung kalinya di AS, apabila beliau menjadi pegawai pertama dalam satu penerbangan pesawat DHC-6 Twin Otter oleh Air Illinois pada tahun 1978, dengan Emily Jones sebagai kaptennya.
Juruterbang wanita Yang Istimewa…
Ekspresi di atas membawa kepada pelbagai pengkhususan. Dan ekspresi ini setara gelaran ‘yang terawal’ – yang di gunakan ISWAP ( International Society of Women Airline Pilots )di laman web mereka. Yang pertama disebutkan adalah perkhidmatan penerbangan dengan semua krewnya terdiri daripada wanita ( bagi setiap syarikat penerbangan ). Contohnya, Canada 3000, sebuah syarikat penerbangan sewa khas, pernah membuat perkhidmatan penerbangan sedemikian menggunakan pesawat Boieng 757 dari Toronto ke Manchester. Penerbangan tersebut dikendalikan oleh Kapten Nicole Sauvé dan juruterbang bersamanya Linda Galipeau, dan 7 orang pramugari. Dan fikirkan pula United Airlines yang telah melakukan hal sebaliknya- The Caravelles yang dikendalikan oleh kakitangan yang semuanya terdiri daripada krew lelaki !
Juruterbang wanita juga pernah terbabit dalam insiden udara yang memerlukan semangat kental seorang srikandi. Lihat Mimi Tompkins sebagai contoh terdekat. Pegawai pertama pertama dari golongan wanita yang diambil bekerja oleh Aloha Airlines pada tahun 1979 itu, merupakan juruterbang bersama dalam penerbangan 243 yang terlibat dalam insiden udara ( pada tahun 1988-nota penterjemah ). Beliau menjadi Kapten wanita yang pertama pada tahun 1988.
Kesimpulannya
Anda boleh mencari lebih banyak maklumat tentang juruterbang wanita di laman web yang disediakan di bawah. Dan ingat ya, jika anda menaiki pesawat ke mana-mana destinasi, jangan terperanjat jika anda terdengar suara wanita ketika kapten penerbangan memperkenalkan dirinya !
Pautan
· International Society of Women Airline Pilots
· ALPA – Biography and interview with Emily Warner
· Women in Aviation Resource Center (women-in-aviation.com)
· Women in Aviation International (wai.org)


that’s very good!!!!
Terima Kasih.
Dari artikel “Laluan golongan wanita untuk mendaki struktur hirarki dalam dunia penerbangan tidaklah semudah mana. ….”
Alhamdullilah, anak perempuan saya (anak kedua) telah berjaya masuk mengikuti Kursus Aviaonic Maintainance di MIAT, Uni KL Jenderam. Hanya 4 wanita dari lebih 40 orang pelajar lelaki. Semuga dia berjaya menambah bilang wanita di dalam industri ini.
Alhamdulillah dan tahniah buat puteri Pak Din…
Sudah rezeki dariNya… Saya sendiri pernah mengejarnya dahulu( seperti yang saya katakan di biodata saya ), tetapi ya sekali lagi faktor rezeki menjadi hambatan. Apa-apapun, saya redha, kerana saya telah menemukan keistimewaan bakat sebenar yang ada pada diri sendiri dan menggunakannya untuk manfaat ummah di muka bumi.
And I had learned to admit the wise message of this line :” Tak semua yang kita kehendaki itu akan kita perolehi, dan tak semua yang kita perolehi itu adalah apa yang kita kehendaki.”
Doakanlah kejayaan saya, ya Pak Din.
Jangan lupa doa mesti dengan DUIT, istikarah mesti dengan istisyarah … barulah berjaya. Saya doakan selaras KadarNya, siapa sahaja yang diterima usahanya pasti akan berjaya.
saya pom nak jadi pilot jak.. moga2 niat &harapan saya berjaya.. doakan saya ye..
Insya-Allah… Amin…
nak sangat2 jadi pilot nie…