jump to navigation

WANITA YANG DUDUKNYA DI KERUSI SEBELAH KIRI GELADAK PENERBANGAN… Disember 24, 2008

Posted by Ismi Nailofar in Dunia penerbangan/Aviation.
8 comments

  

Oleh : Sergio Ortega

( Diterjemahkan oleh Ismi’ Nailofar daripada artikel asal ‘Women In The Left Seat)

 

Nota penulis : Jika ada perselisihan makna yang berlaku di sini, pembaca perlu merujuk kembali pada teks asal

 

 

grafikartikel1

Barangkali, anda pernah membaca laporan tentang peristiwa yang aneh ini. Seorang penumpang yang menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh Alaska Airlines telah membuat permintaan untuk meninggalkan pesawat yang dinaikinya, sesudah Kaptennya membuat ucapan selamat datang kepada para penumpang. Apa yang menyebabkan beliau memilih untuk meninggalkan pesawat ?

Kerana kaptennya adalah seorang WANITA ! 

Pada masakini, posisi lelaki dan wanita dalam dunia penerbangan telah berubah, kebalikan dari situasi dalam dunia penerbangan pada 40 ke 50 tahun yang lalu ( ketika wujudnya pendapat bahawa posisi lelaki adalah di bahagian pentadbiran atau di geladak penerbangan dan wanita pula tempatnya di kabin penumpang ). Anda akan menemui wanita yang bekerja sebagai orang atasan di hub syarikat penerbangan, dan di kerusi sebelah kiri dalam geladak penerbangan sebuah pesawat besar, sebagaimana lelaki yang mengucapkan selamat buat para penumpang di pintu pesawat. Mari kita tumpukan perhatian pada golongan wanita yang berada di geladak penerbangan.

 

juruterbang WaNIta yang terawal

 

Laluan golongan wanita untuk mendaki struktur hirarki dalam dunia penerbangan tidaklah semudah mana. Bukan hanya disebabkan oleh kerjaya sebagai juruterbang itu sendiri yang secara tradisinya merupakan kerjaya untuk golongan lelaki, malahan kerja menerbangkan pesawat merupakan aktiviti berbahaya pada masa itu. Juruterbang wanita berlesen yang pertama ialah Harriet Quimby pada tahun 1911. Beliau merupakan wanita pertama yang terbang merentasi Selat Inggeris menggunakan pesawat Blériot setahun kemudiannya. Beliau telah terbang di laluan yang digunakan Louis Blériot julung-julung kalinya empat tahun yang lalu.

Golongan wanita tidak hanya meredahi sempadan jantina, tetapi juga sempadan perkauman. Bessie Coleman telah berjuang sehabis daya untuk menjadi juruterbang wanita pertama dari jurai keturunan Afrika yang bermastautin di Amerika. Beliau telah berhijrah ke Perancis untuk berlatih di École d’Aviation des Frères Caudron, disebabkan sekolah latihan di Amerika Syarikat benar-benar membuka peluang untuk menjadi juruterbang kepada golongan wanita mahupun terhadap mereka yang berbeza latar belakang budaya. Beliau mencapai matlamatnya dan mendapat lesennya pada tahun 1921. Namun, beliau hanya mampu menggunakan lesennya selama hampir lima tahun, setelah terkorban dalam nahas pesawat pada tahun 1926.

Perlumbaan udara yang hanya membabitkan juruterbang wanita telah menyediakan satu penemuan yang penting. Perlumbaan Udara Bagi Wanita Peringkat Kebangsaan 1929 -yang terbesar setakat itu- telah menghimpunkan lebih dari 30 orang juruterbang wanita dalam pertandingan yang mengambil laluan di antara Oakland di California ke Cleveland di Ohio. Dalam pertandingan yang berlangsung di Long Island, kebanyakan dari juruterbang wanita yang bertanding ( 26 orang pada masa itu ) telah bertemu lalu menubuhkan The Ninety-Nines Club. Nama yang mempunyai makna tersendiri dan penting selepas itu, kerana 99 orang juruterbang wanita yang berlesen yang menyertainya merupakan ahli yang aktif. Bilangan juruterbang wanita telah meningkat dengan sekata, dari 200 orang pada tahun 1930 kepada 700 ke 800 oran pada tahun 1935. Sungguhpun demikian, bilangan itu masih sangat kecil jika dinisbahkan kepada bilangan juruterbang lelaki yang berlesen- Yang jumlahnya dalam ratusan hingga ribuan orang.

 

juruterbang wanita ( komersil ) yang pertama

 

Menerbangkan pesawat sebagai hobi adalah satu hal, namun menerbangkan pesawat sebagai lubuk rezeki merupakan satu hal yang lain pula. Helen Ritchey telah disahkan dalam catatan sejarah sebagai juruterbang wanita yang pertama diambil untuk bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan. Central Airlines telah mengambil beliau untuk berkerja dengan mereka pada Disember 1934, tetapi meninggalkan kerjanya kurang setahun dari tempoh lantikannya- pada Oktober 1935. Beliau menjadi mangsa kepada diskriminasi seksual yang dibuat oleh kesatuan yang terdiri daripada juruterbang lelaki belaka. Namun, beliau telah merintis laluan kepada juruterbang komersil wanita yang lain.

 

 

Pada sekitar tahun 1940 dan 1960, berapa buah negara-seperti India dan emily_howell_warner1Bulgaria- telah mula mengambil wanita sebagai juruterbang. Tetapi, kita soroti secara cepat ke era 70-an di mana diskriminasi seksual telah hilang secara perlahan-lahan. Emily Howell Warner ( lihat kanan -nota penulis) dianggap sebagai juruterbang wanita pertama di AS yang telah diambil bekerja di syarikat penerbangan. Frontier Airlines merupakan majikan beliau. Beliau menjadi pegawai kedua dalam geladak penerbangan Boieng 737 pada tahun 1973, kemudiannya menjadi pegawai pertama pesawat DHC-6 Twin Otter pada tahun 1974, dan akhirnya menjadi kapten pesawat yang sama pada tahun 1976. Kemudian, beliau bekerja dengan Continental Airlines buat berapa ketika sebelum memulakan kerjayanya bersama UPS sebagai kapten pesawat Boieng 727. Beliau merupakan wanita pertama yang menyertai ALPA ( Airline Pilots Association ). Pakaian seragam beliau dipamerkan  di  Smithsonian’s National Air and Space Museum di Washington, D.C. serta di Pima Air and Space Museum.

Di bawah ini merupakan senarai pendek juruterbang komersil wanita terawal yang berkerja dengan syarikat penerbangan besar di AS. Anda akan memperolehi senarai penuhnya di laman web ISWAP, atau dengan mendapatkan menu terawal mereka.   

 

Syarikat Penerbangan

Nama Juruterbang

Pesawat

Tahun diambil

bekerja

Alaska Airlines

Joanne Osterrud Nottke

DHC-6

1975

Aloha Airlines

Madeline “Mimi” Tompkins

B737

1979

America West Airlines

Debra McCormick

B737

1983

American Airlines

Bonnie Tiburzi

B727

1973

Braniff International

Sandra Saliba Simmons

B727

1974

Continental Airlines

Mary Hirsch

N/A

1977

Delta Air Lines

Joy Walker

DC-9

1973

Eastern Airlines

Barbara Barrett Smith

N/A

1973

Frontier Airlines (I)

Emily Howell Warner

DHC-6

1973

Hawaiian Airlines

Sharon Emminger

SD330

1978

Midway Airlines (I)

Sharon Finch

DC-9

1982

Midwest Express

Tanya Cunningham

DC-9

1988

National Airlines (I)

Susan Horstman*

N/A

1979

New York Air

Linda Smith

N/A

1985

Northwest Airlines

Abigail Davis

N/A

1979

Ozark Airlines

Jaqueline Gerber

N/A

1977

PSA

Sari Schneph

B727

1981

Pan Am (I)

Colleen Burgess*

B727

1987

PEOPLExpress

Beverly Burns

B737

1981

Piedmont Airlines

Cheryl Faye Peters

YS-11

1974

Reno Air

Theresa Mally

MD-80

1992

Republic Airlines

Barbara Wiley**

CV580

1974

Southwest Airlines

Cathy Jones

B737

1982

Texas International

Marcelyn Bishop

N/A

1978

TWA

Karen Davies Lee

N/A

1978

United Airlines

Gail Gorski

B737

1978

US Airways

Joyce Stripp

BAC111

1979

Western Airlines

Terry London Rinehart

B727

1986


* Susan Hortsman telah mula diambil berkerja oleh National pada tahun 1979, dan telah dianggap sebagai wanita pertama yang menjadi juruterbang di Pan Am apabila kedua-duanya bergabung. Sungguhpun demikian, Colleen Burgess menjadi wanita pertama yang diambil berkerja oleh Pan Am sesudah penggabungan tersebut.

** Mary Bush Shipko telah diambil bekerja oleh Hughes Airwest pada tahun 1976  sebelum penggabungan yang membentuk Republic.

Peoplexpress dan wanita yang menerbangkan jet jumbonya

Syarikat PEOPLExpress mempunyai anekdot menarik tentang krew wanitanya. Contohnya, apakah anda tahu bahawa salah seorang dari juruterbangnya merupakan bekas pramugari TWA ? Wanita tersebut bernama Lynn Rippelmeyer, dan sesudah itu menjadi kapten wanita yang pertama menerbangkan Boieng 747 merentasi ruang angkasa lautan Atlantik ( Dari Newark di New York ke Gatwick di London ). Beverly Burns, juruterbang wanita pertama yang bekerja di situ, telah mendapat penghormatan yang sama dengan Lynn, namun tugasannya adalah menerbangkan Boieng 747 merentasi benua Amerika Utara ( Dari Newark ke Los Angeles ). Sebelum menyertai PEOPLExpress, Lynn merupakan sebahagian dari krew geladak penerbangan yang dikendalikan secara keseluruhan oleh wanita buat julung kalinya di AS, apabila beliau menjadi pegawai pertama dalam satu penerbangan pesawat DHC-6 Twin Otter oleh Air Illinois pada tahun 1978, dengan Emily Jones sebagai kaptennya.

Juruterbang wanita Yang Istimewa…

Ekspresi di atas membawa kepada pelbagai pengkhususan. Dan ekspresi ini setara gelaran ‘yang terawal’ – yang di gunakan ISWAP ( International Society of Women Airline Pilots )di laman web mereka. Yang pertama disebutkan adalah perkhidmatan penerbangan dengan semua krewnya terdiri daripada wanita ( bagi setiap syarikat penerbangan ). Contohnya, Canada 3000, sebuah syarikat penerbangan sewa khas, pernah membuat perkhidmatan penerbangan sedemikian menggunakan pesawat Boieng 757 dari Toronto ke Manchester. Penerbangan tersebut dikendalikan oleh Kapten Nicole Sauvé dan juruterbang bersamanya Linda Galipeau, dan 7 orang pramugari. Dan fikirkan pula United Airlines yang telah melakukan hal sebaliknya- The Caravelles yang dikendalikan oleh kakitangan yang semuanya terdiri daripada krew lelaki !

Juruterbang wanita juga pernah terbabit dalam insiden udara yang memerlukan semangat kental seorang srikandi. Lihat Mimi Tompkins sebagai contoh terdekat. Pegawai pertama pertama dari golongan wanita yang diambil bekerja oleh Aloha Airlines pada tahun 1979 itu, merupakan juruterbang bersama dalam penerbangan 243 yang terlibat dalam insiden udara ( pada tahun 1988-nota penterjemah ). Beliau menjadi Kapten wanita yang pertama pada tahun 1988.

Kesimpulannya

Anda boleh mencari lebih banyak maklumat tentang juruterbang wanita di laman web yang disediakan di bawah. Dan ingat ya, jika anda menaiki pesawat ke mana-mana destinasi, jangan terperanjat jika anda terdengar suara wanita ketika kapten penerbangan memperkenalkan dirinya !

Pautan

·         International Society of Women Airline Pilots

·         The Ninety-Nines Club

·         ALPA – Biography and interview with Emily Warner

·         Women in Aviation Resource Center (women-in-aviation.com)

·         Women in Aviation International (wai.org)

 

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.